CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 3

Flaktürme : Menara Anti Kapal Terbang Gergasi Nazi

[Copy link]
Post time 13-3-2015 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Sepanjang Perang Dunia Kedua pelbagai inovasi senjata dihasilkan oleh Nazi. Jet pejuang, peluru berpandu dan helikopter ialah antara senjata yang asal usulnya boleh dikesan semula kepada industri peperangan Jerman. Flaktürme (menara Flak) ialah menara gergasi anti kapal terbang yang dicipta sendiri oleh Adolf Hitler. Sebanyak 8 buah menara berbentuk kubu ini dibina bagi mempertahankan Berlin, Hamburg dan Vienna dari serangan pesawat pengebom Tentera Berikat.

Menara-menara ini diperbuat daripada konkrit yang diperkukuh dengan besi bagi membuatkannya kalis serangan bom yang terbaik pada waktu tersebut. Dinding dan bumbung Flaktürme mempunyai ketebalan 3.5 meter. Ia dipenuhi dengan senjata anti kapal terbang Flak 30 dan meriam 128 mm yang mampu membedil pesawat musuh dari jarak 14 kilometer. Flaktürme berfungsi sebagai kapal battelship di atas darat kerana dipenuhi senjata berbahaya untuk memusnahkan musuh. Selain menjadi kubu anti kapal terbang menara-menara ini juga direka untuk menjadi tempat berlindung oleh penduduk sekitar apabila bandar mereka di bom.

Selepas perang tiga dari lapan menara ini dimusnahkan. Ianya bukanlah tugas yang mudah dan selepas itu tiada lagi proses memusnahkan dilakukan kerana terlalu mengambil masa. Menara-menara yang masih wujud kebanyakkan kini menjadi bangunan tinggal. Beberapa menara seperti di Hamburg kini digunakan sebagai sekolah dan juga kelab malam. Di Vienna pula Flaktürme diubah suai menjadi akuarium.







Sumber Wikipedia
kredit:www.blogserius.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 11:36 AM | Show all posts
Org zaman dulu mmg kreatif, inovasi dan pantas bertindak..kita masih layu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:28 PM | Show all posts
stillen replied at 13-3-2015 11:36 AM
Org zaman dulu mmg kreatif, inovasi dan pantas bertindak..kita masih layu

well, betul.. even generasi german yg baru pun mcm hampeh huhu

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 07:23 PM | Show all posts
cantiknya,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034696 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list