BRDM-2 ialah kenderaan berperisai yang dicipta oleh Soviet Union ketika perang dingin. Paska perang dingin kereta perisai yang direka pada tahun 1962 ini tidak lagi sesuai digunakan untuk peperangan moden. Perisainya terlalu nipis dan mudah dirobek bom tujahan rocket. Oleh itu banyak kenderaan ini tersadai di seluruh negara bekas kesatuan Warsaw. Tetapi kini ada sebuah BRDM-2 yang kami rasa sesuai digunakan di Malaysia kerana masalah peragut memcahkan cermin kereta dan kejadian tembak menembak yang semakin kronik. Ini dia BRDM-2 edisi VIP yang dilengkapi kelengkapan audio visual moden disamping memberikan perlindungan dari peragut.
IN B4 "nanti peragut Malaysia upgradi pakai RPG pula"