CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3382|Reply: 1

LG Mengumumkan iMac 8K?

[Copy link]
Post time 8-4-2015 12:38 AM | Show all posts |Read mode
iMac 5K keluaran Apple yang dilancarkan penghujung tahun lepas sememangnya satu pencapaian yang membanggakan bagi syarikat tersebut, namun menurut rakan niaga bahagian monitornya, LG, syarikat itu akan melancarkan sebuah iMac 8K, iaitu sebuah iMac dengan skrin dengan resolusi 8K.


LG Mengumumkan iMac 8K?LG Display, pembekal skrin terbesar Apple berkata dalam satu kenyataan media di laman webnya (telah ditarik balik) bahawa Apple akan melancarkan iMac terbaharu dengan skrin beresolusi tinggi 8K lewat tahun ini.

Kenyataan media syarikat Korea Selatan itu telah membayangkan bahawa Apple telahpun membuat kenyataan tersebut, jadi, berkemungkinan samada LG telah secara tidak sengaja mengeluarkan kenyataan media tersebut lebih awal dari masa yang sepatutnya, perancangan Apple telah berubah, ataupun LG sememangnya telah membuat kesilapan dalam pengumuman tersebut.

Secara umumnya, skrin 8K baru sahaja berada di tahap pengenalan sahaja dan khabarnya, skrin ini hanya akan muncul dalam tahun 2016, melainkan Apple berjaya menghasilkan dan melancarkannya lebih awal dari itu.

Bagi setiap khabar angin ada secebis kebenaran padanya. Adakah benar Apple akan melancarkan iMac 8K ini? Mungkin kita perlu menunggu sehingga September apabila syarikat itu biasanya mengadakan acara pelancaran produk.

kredit:www.techkini.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2015 02:47 AM | Show all posts
Apple ni setakat design sajalah hardware semua compeni lain buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.229162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list