CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1872|Reply: 0

Pegangan Peratusan Jualan Peranti Pintar Samsung Meningkat Suku Pertama 2015

[Copy link]
Post time 20-4-2015 09:51 AM | Show all posts |Read mode
“Berita tentang kematian kami sebenarnya diperbesar-besarkan”
Ini adalah kuotasi yang boleh diguna pakai untuk Samsung tahun ini. Setelah melihat pegangan peratusan peranti mereka menurun sejak dua tahun yang lalu, jualan mereka meningkat suku pertama tahun ini. Samsung kini memegang 27.8% pasaran peranti pintar dunia mengikut laporan Trendforce. Ini adalah peningkatan mendadak dari  24.7% berbanding suku terakhir tahun lalu. Peningkatan ini adalah kerana permintaan di luar jangkaan untuk Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge.
Apple masih di tempat kedua dengan  19.9%, penurunan dari 23.2% sebelum ini. Penurunan adalah kerana jualan iPhone 6 dan 6 Plus yang mula berkurangan selepas musim perayaan Disember lalu. Huawei mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga dengan 7%, naik sedikit berbanding 6.9% sebelum ini. Ini diikuti oleh LG dan Lenovo. Tiada pula data mengenai peratusan jualan peranti Lumia dan Blackberry.
Di China pula Huawei menjuarai carta jualan diikuti oleh  Lenovo dan Xiaomi. Trend jualan peranti pintar dunia dan di China nampaknya berbeza dengan trend di Malaysia. Seperti yang kami laporkan beberapa minggu yang lalu Samsung adalah jenama peranti pintar nombor satu negara dan diikuti oleh Lenovo dan Asus.
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: TRENDFORCE
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048716 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list