CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: feaSuraya

Kisah Aku: Manusia Busuk Hati

[Copy link]
Post time 26-4-2016 08:18 PM | Show all posts
merah_arjuna replied at 26-4-2016 07:19 PM
yang berubat mcm ni dekat manjoi pun ada...tp pompuan...bila dia menurun masuk something cakap jaw ...

Yang ni kat Ayer Baloi, Johor. Rumah perawat tu betul-betul depan masjid. tepi jalan jer.

P/S - Aku tgah taip last episode kat notepad. Dah taip kat reply thread tetiba blackout. Dah ler battery laptop aku cap ayam. Mau tak hangen aku dah taip panjang2 tetiba blackout laptop plak terus shut down. hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 09:13 PM | Show all posts
Last episode.

Kitorang semua dah dekat ruangan khas berubat.

Pesakit berada di tengah-tengah kawasan duduk di kerusi rodanya yang dikelilingi oleh kami semua.

Seperti biasa badan perawat akan dimasuki sesuatu dan berdialek jawa asli.

"Assalamualaikum" kata perawat.

"Waalaikumsalam" kami serentak menjawab.

"Malam ni mbah keluarkan segalanya" kata perawat.

Aku macam biasa duduk sebelah kanan perawat dok tgok apa dia buat.

Fisrt thing aku tgok dier berbual dengan "seseorang" kat sebelah kirinya. Hanya terdengar hembusan suara tanpa perkataan la seperti biasa mengangguk-anggukkan kepala.

Perawat memalingkan kepala memandang kepada pesakit lalu berkata'

"Barang-barang yang mbah pesan ada bawak ke tidak?" soal perawat.

"Ada mbah" kata Puan S.

"Mari sini kasi ke mbah" kata perawat.

Lalu bertukar tangan la barang yang di mintak ke tangan perawat.

"Tanah ini siapa yang ngambilnya d depan rumah?" kata perawat.

"Saya mbah" spontan aku menjawab. Sebab memang aku yang korek tanah tu sebesar 2 penumbuk. Member aku haram nak sentuh. Takut katanya.

"Masa ngambilin tanah ini tangan nya berlapis tidak?" soal perawat kat aku.

"Tidak mbah" jawabku.

"Sepatutnya tangan itu dilapis pakek plastik, tapi tidak mengapa kok, lepas usai rawatan nnt kamu cuci tangan dengan air yg mbah sediakan nnt" kata perawat.

"Kita mula sekarang" kata perawat.

Kami semua mengangguk.

Aku tgok perawat mgambil besen sebesar periuk nasik tu dekat tepi dier, lalu dikeluarkan tanah yang aku korek dan dimasukkan ke dalam besen tersebut.

Lalu memasukkan 7 jenis bunga, air mawar dan air 7 masjid serta limau ke dalam besen tersebut lalu ditutupkan dengan kain 7 warna yang member aku punya mak beli kat jakel.

"Harap semua senyap-senyap aja ya jangan ada yg bercerita" kata perawat selesai memasukkan semua item dalam besen.

Aku dengar perawat potongan ayat dari surah Al-Jin kalau x silap. Aku pun dah x hengat sangat.

Serentak dengan itu memasukkan tangan nya ke dalam besen yang ditutupi oleh kain 7 warna tersebut. Perawat menggerak-gerakkan tangan nya dalam besen seolah-olah sedang berlawan dengan sesuatu.

Berpeluh-peluh aku tengok perawat tu. Lama gak tangan dier berlawan dalam besen tu lebih kurang 15 minit aku rasa.

Aku dengar jer bunyi dalam besen "Gedebuk gedebuk.." macam tu.

Tetiba perawat menghembus nafas dan tangan nya dikeluarkan dari besen tersebut sambil mengenggam bungkusan kuning.

Dengan rasa ingin tahu yg membuak-buak, member aku punye mak lg signal kat aku soh tanya selambe aku bukak mulut.

"Mbah apa bender dalam bungkusan tu?"

"Nnt kita bukak ya satu persatu. Ini ada lg dalam badan pesakit mau di keluarin kok" kata perawat.

Aku Mengangguk tanda faham.

Perawat berdiri dan melangkah menuju ke arah pesakit yg hanya selangkah dari beliau.

"Kita keluarin yang di badan ini pulak, Sakit sikit ya mas" kata perawat.

Sambil memegang-megang badan pesakit, perawat membaca sesuatu dan terus menggerak-gerakkan tangannya di badan pesakit.

Seolah-oleh sedang menangkap sesuatu, naik turun tangan perawat dari bahu turun ke dada, turun ke perut, ke betis dan ke kaki, naik semula
berterusan seperti itu kira-kira 15-20 minit.

Apa yang aku lihat perawat seolah-olah sedang berlawan dengan sesuatu, berpeluh-peluh perawat aku lihat.

Tiba-tiba berhenti di dada pesakit sebelah kanan sambil menarik sesuatu keluar. Take time jugak nak kuarkan masa ni. dalam 5 minit aku
agak.

Dan sesuatu sedang keluar dari dada pesakit, dari tempat aku duduk jelas kelihatan depan mataku yang keluar itu sebatang PAKU yg panjang
berukuran 5 atau 7 inci, berkilat seperti baru. First time aku tengok dalam hidup aku, Paku dikeluarkan dari dada seorang manusia tanpa
ada darah keluar. Cuma paku sahaja. Kelihatan pesakit mengerang.

Isteri pesakit melihat aku dan signal melalui gerak mulut "Apa tu?"

"Paku" balas ku dengan gerakan mulut tanpa keluarkan suara.

Terbeliak mata isteri pesakit masa tu.

"Keluar pun, melawan sangat ngko nie" kata perawat.

Diletakkan nya paku tu dalam sebijik mangkuk putih yang ada ditepinya.

Perawat kembali duduk kat tempatnya sambil mengambil bungkusan kuning td. Kali ni aku dapat lihat dengan jelas bungkusan kunin tu diikat dengan
benang berwarna hitam.

Sambil mebelek-belek bungkusan tersebut perawat bersuara

"ermm..ermmm...tidak bisa dipotonng sembarangan ini" kata perawat.

Perawat mengambil pisau kecil lalu memotong benang hitam yang melilit bungkusan kuning tersebut.

Aku x perasan sangat cara perawat potong tu macam mana sebab excited nak tengok apa yg ada dalam bungkusan kuning tu.

Setelah terbukak semuanya perawat menunjukkan isi bungkusan kuning tersebut kepada kami semua.

Dengan jelas aku lihat ada tulang ikan, jarum, paku kecik, duri bunga kertas dalam botol (Macam botok ubat kaki tiga tu) dan ada 1 duri berbentuk 3 segi diluar botol.

Mulut aku selamber jer tanya "Ini apa mbah?" sambil menunjuk ke arah duri yang berbentuk 3 segi tu.

Masa ni perawat menoleh ke kanan dan bercakap dengan "seseorang"

"ermmm..ermmm..ya..ermmmm" suara perawat kuar. (lebih kurang cam tu la aku dengar)

"Ini duri pokok kapok, kapok yang bikin bantel itu" kata perawat.

"Oooo..." kata ku.

Lalu perawat menceritakan bahawa benda tu dihantar oleh bomoh orang asli. Perawat tu siap tunjuk lg jalan nak ke rumah bomoh tersebut.

"Jalan ini, jalan terus sampe jumpa simpang tiganya, lepas itu ke kiri jauh ke dalem, nnt jumpa 1 rumah dihujung jalan, nah itu rumah bomohnya" kata perawat tu.

"Org yang mgupah ini kamu kenal, pernah bersama suami kamu dulu atas urusan perniagaan, tapi dia cemburuin kamu yang maju dalam berniaga dan dia pecah amanah dengan mengambil
wang syarikat kamu, ya kamu singkirkan membuat dia tambah sakit hati lalu dibuatnya ini" kata perawat. Perawat siap cerita fizikal ex business partner pesakit ni.

Cerita ini disahkan oleh mak member aku dan member aku sendiri yang ayahnya ada seorang rakan kongsi yang tibai duit company. Jadi kena terminate la dari
jadik partner. Then bukak bisnes sendiri sama dengan ayah member aku ni. Org xnak berurusan ngan dier sebb dah tau kes. Tambah la sakit hati.So buat macam ni.

"Jadi sekarang ini kamu mahu kita hantar balik atau tidak?" kata perawat.

Maksudnya balas balik lah. Masa ni boleh plak mak member aku tanya kat aku "Amacam pendapat ko?"

Aku pelik jer tapi aku cakap jerlah "Xpayah la nak balas2 ni, tu biar Allah yang tentukan, yang penting pakcik sihat lepas ni"

"Itu yang sebaiknya" kata perawat

Member aku dan mak dier pun mengangguk dengan pendapat aku tanda setuju.

"Minggu depan datang sini lagi untuk berurut ya, supaya pengaliran darah lancar seperti sediakala" kata perawat.

"baik mbah" kata member aku.

"Segalanya udah selesai, barang-barang yg ada ini nanti mbah selesaikan, Kalau ada orang tu datang mintak maaf kamu maafin saja, jangan
berdendam, Biar tuhan yang mengadilinya" kata perawat lagi.

"Kalau sudah tidak ada apa-apa, mbah mau beransur pulang, ada yang mahu ketemu lagi ini di sumatera" Sambung perawat.

"Takde apa2 lg mbah, Terima kasih ya" kata isteri pesakit.

"Assalamualaikum" kata perawat.

Macam biasa keadaan kembali normal. Kami kembali duduk diruang tamu. Aku tgok ayah member aku ni nampak macam segar dan bertenaga sikit
walaupun still duduk kat kerusi roda. Dier dah boleh gerakkan ibu jari dan jari telunjuk dier masa tu.

Kami pun beransur pulang setelah bersembang-sembang seketika dalam 20 minit.

Aku plak 3 hari pas tu balik ke kolej sbb nak tgok result final. Kot2 ada repeat paper, so xder la aku nak beli tiket flight lg untuk turun semenanjung. terus repeat jer
masa tu. Alhamdulillah pass exam dengan jayanya. Aku pun prepare2 nak balik negeri aku.

Lepas tu ada la jugak aku call member aku ni tanya keadaan ayah dier. Mmg take time la nak sembuh smp leh drive cam bese. Dalam 5 bulan baru pulih seperti sediakala.

So inilah pengakhiran cerita aku. Member aku pun dah kawen, anak dah dua.

Sekian.








Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 09:16 PM | Show all posts
kekkeladi replied at 26-4-2016 03:47 PM
Alaaa..aku dh rindu dh ni.. cpt la smbung.. ngeee..

Dah post dah...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:26 AM | Show all posts
DominantStar87 replied at 26-4-2016 08:18 PM
Yang ni kat Ayer Baloi, Johor. Rumah perawat tu betul-betul depan masjid. tepi jalan jer.

P/S - ...

ko still pi berubat situ ka?aku rasa mesti keturunan sunan jgk ni pendamping tok tu...sebab sunan ni ada 9 orang...yg kat manjoi ipoh tu sunan bonang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 11:57 AM | Show all posts
merah_arjuna replied at 27-4-2016 09:26 AM
ko still pi berubat situ ka?aku rasa mesti keturunan sunan jgk ni pendamping tok tu...sebab sunan  ...

Tak..bukan aku yg berubat...
Ayah kepada member aku...
Lame dah ni Oct/Nov 2009 lg....
Aku just menumpang rumah member aku masa cuti final semester time tu...
Kebetulan ayah dier sakit dan pegi berubat...
Tu yg aku dapat follow tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 05:25 PM | Show all posts
pengecut betul org yg buat keje2 khurafat mcm ni..sakit aty aku baca kisah korg ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.423865 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list