
Rambut beruban merupakan hal yang tidak boleh dielakkan seiring meningkatnya usia, namun begitu hal yang paling merisaukan adalah apabila uban tumbuh secara pra-matang. Masalah rambut beruban yang dialami oleh golongan muda mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti diet, gaya hidup dan juga genetik. Walaupun pasaran dibanjiri dengan pelbagai penyelesaian kepada masalah ini menggunakan bahan kimia yang belum tentu baik untuk rambut, adalah lebih baik sekiranya anda melakukan perawatan semulajadi bagi mengatasi masalah rambut beruban. Berikut merupakan beberapa remedi yang boleh dicuba, ia bukan sahaja berkesan malah dijamin selamat. 1. Rosemary dan Sage
Rosemary dan Sage bukan sahaja bahan rahsia bagi hidangan yang lazat, tetapi ia juga tonik rambut yang sangat baik bagi mendapatkan rambut yang sihat. Rebus setengah cawan rosemary dan setengah cawan Sage bersama-sama di dalam air selama kira-kira 30 minit. Biarkan air tersebut sejuk dan gunakannya secara berkala untuk mengurut kulit kepala dan rambut anda. Tonik ini amat berkhasiat untuk rambut dan mampu mencegah banyak isu berkaitan rambut, termasuk masalah uban. 2. Daun Kari
Daun kari perlu direbus dalam minyak kelapa sehingga ia bertukar gelap. Selepas itu, sejukkan minyak tersebut dan urut ke dalam kulit kepala dan rambut anda untuk mendapatkan hasil yang ajaib. Daun kari juga boleh digunakan dengan dadih dan susu mentega untuk faedah yang lebih baik untuk rambut dan mengatasi masalah uban. 3. Jus Bawang dan Jus Lemon
Bersama-sama, jus bawang dan jus lemon mewakili gabungan yang sangat kuat untuk mencegah dan mengurangkan uban pada rambut. Sebelum pewarna rambut dicipta; ramai yang menggunakan bawang untuk digosokkan pada kulit kepala mereka untuk merawat uban. Ini kerana bawang mengandungi banyak enzim catalase yang meneutralkan hidrogen peroksida dan meliputi uban. wanista
|