CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 1

kuah dhal sedap dan mudah

[Copy link]
Post time 1-8-2015 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Dahlama rasanya tak masak kuah dhal. Kebetulan hari sabtu tu ada panaskan rotiparatha buat sarapan , aku buat sekali kuah dhal dengan sambal ikan bilissebagai pencicah.  












Bahan-bahan untuk memasak kuah dhal

(Bahan A)_
1)200gm genggam  kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2)sebiji terung bulat dikupas kulit  dan dipotong dadu
3)1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4)1/2 sudu besar rempah kari
5)garam secukup rasa

(Bahan B)
1)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2)1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3)Setangkai daun kari
4)1 cm halia-dimayang           



Bahan B ditumis sehingga naik bau dan layu

Cara memasak1)Rebus kacang dhal sampai empuk2)Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati3)Masukkan  terung dadu dan  carrot dadu4)Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)5)Dalam kuali , (tumis bahan B)  sehingga  naik bau.Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.



Kuah dhal sedia untuk dicicah dengan roti paratha jenama kawan



Kuah dhal mesti ada sambal baru best.Aku buat sambal ikan bilis untuk dijudukan bersama kuah dhal



Roti paratha jenama kawan hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kualidengan membalik-balikkannya dua-tiga minit dengan api yang sederhana  sehingga garing.



Gabungan kuah dhal dan sambal ikan bilis  .

iniblogcikinadodocheng.blogspot.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 02:18 PM | Show all posts
mcm sedap.. tapi kenapa terung buang kulit...??
kalo style gini.. org utara panggil tumis darat

kalo ada leher ayam taruk.. fuhhh sure lagi bestttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044731 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list