Makanan ini dianggap sebagai lambang 1 Malaysia. Tidak kira bangsa apa sekalipun, nasi lemak adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya sebagai sarapan pagi, namun kini sudah menjadi menu sehingga larut malam. Di sini disenaraikan beberapa tempat yang menjadi pilihan penduduk Kuala Lumpur untuk menikmati nasi lemak.
#1 Restoran Village ParkIni adalah lokasi pertama pilihan ramai yang pertama. Beralamat di no. 5, Jln SS 21/37, Damansara Utama, hidangan nasi lemak di sini bukan saja disajikan sebagai resepi asal malah ditambah dengan rendang yang juga sudah cukup sebati dengan rakyat Malaysia. Makanan yang dihidangkan berupa makan tengahari. Restoran Village Park dibuka pada pukul 7 pagi sehingga 8 malam dari hari Isnin sehingga Jumaat. Di sini juga ada disediakan Wifi secara percuma supaya anda boleh menikmati hidangan dan melayari internet pada masa yang sama. Cuma, sila pastikan anda membawa wang tunai secukupnya kerana pembayaran menggunakan kad kredit adalah tidak dibenarkan selain tidak disediakan khidmat tempahan.
#2 Nasi Lemak BumbungJika inginkan nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis, bolehlah singgah di Nasi Lemak Bumbung yang terletak di Jalan 21/11B, Seapark, 46300, Petaling Jaya, Selangor.
Restoran ini beroperasi 5 hari seminggu bermula Isnin. Jika nasi lemak dikenali sebagai menu sarapan pagi, Nasi Lemak Bumbung pula didapati bermula 5 petang sehingga 4 pagi. Nasi Lemak Bumbung pernah diletakkan di dalam senarai 12 Nasi Lemak di Kuala Lumpur melalui laporan sebuah akhbar atas talian selain mendaapt rating yang tinggi di sebuah laman sesawang peminat makanan.
#3 WondermamaWondermama terletak di G6, Bangsar Village 1, Jalan Telawi 1. Pada hari Isnin sehingga Khamis dan Ahad, ia dibuka pada pukul 9 pagi hingga 10:30 malam. Pada hari Jumaat dan Sabtu pula ia ditutup lewat setengah jam dari biasa. Makan dalam suasana yang selesa, Wondermama sebenarnya mempunyai pelbagai jenis makanan di dalam menu mereka selain nasi lemak. Masakan berasaskan cempedak atau durian boleh didapati di sini kerana citarasa Malaysia yang cuba diketengahkan pemiliknya. Di sini, selain Wifi disediakan kepada pelanggan, bayaran juga boleh menggunakan kad kredit.
#4 Nasi Lemak Pak HassanDengan RM4, dan jika anda peminat sambal sotong atau ingin mencuba nasi lemak sambal sotong, pergilah berkunjung ke Nasi Lemak Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Ramai pelanggan yang amat berpuas hati dengan nasi lemak sambal sotong Pak Hassan walaupun terpaksa beratur panjang. Seperti kebanyakan restoran masa kini, Nasi Lemak Pak Hassan juga menyediakan Wifi percuma selain anda boleh membayar harga makanan dengan menggunakan kad kredit. Nasi Lemak Pak Hassan boleh mula dibeli seawal jam 7 pagi dan akan ditutup pada waktu tengahari, lalu memberikan suasana asal memakan nasi lemak.
#5 Nasi Lemak Mak ManjorBagi penggemar nasi lemak, sambal adalah antara yang terpenting yang akan menentukan sama ada nasi lemak yang mereka makan sedap atau pun sekadar biasa-biasa sahaja. Maka lokasi terbaik untuk mereka adalah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Nasi lemak kukus adalah satu lagi citarasa di dalam resepi nasi lemak. Lauk tetap yang disediakan adalah bilis, timun dan sambal. Kemudian, pilih apa sahaja untuk ditambah dalam hidangan nasi lemak anda termasuk sambal kerang atau paru. Sekiranya anda bimbang tidak mendapat tempat, anda boleh menempah meja sebelum anda tiba. Nasi Lemak Wak Manjor dibuka setiap hari seawall 7 pagi sehingga lewat malam.
#6 Nasi Lemak 222Nasi Lemak 222 terletak di Jalan 222, Petaling Jaya, iaitu sebuah medan selera yang di persimpangan Jalan Templer. Rasai pengalaman tradisi memakan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan berlaukkan otak-otak jika anda mahu atau sotong kangkung.
Jika anda tak tahan pedas, jangan risau. Ini kerana Nasi Lemak 222 juga menyediakan sambal yang tidak terlalu pedas dan manis untuk anda selain ada sambal yang berbeza bagi mereka yang sukakan pedas. Medan selera ini dibuka kepada umum pada pukul 8 malam sehingga 4 pagi.
#7 Selera Jaya 223Jika anda biasa berkunjung ke medan selera, Selera Jaya 223 yang terletak di Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya mungkin bakal menjadi lokasi pilihan anda untuk mendapatkan nasi lemak. Dapatkan hidangan menarik nasi lemak berserta telur rebus dan juga otak-otak sebagai pemangkin selera anda. Nasi Lemak Yati (mempunyai cap berwarna merah) dan Nasi Lemak Suri seringkali menjadi sebutan peminat nasi lemak di sini. Mereka juga turut menyediakan khidmat tempahan. Selera Jaya 223 dibuka kepada pelanggan pada pukul 8 malam sehingga 4 pagi setiap hari. Apa yang dikongsi di sini hanyalah sebahagian kecil lokasi menarik untuk mendapatkan nasi lemak. Ini kerana sebenarnya tidaklah sukar untuk mendapatkan nasi lemak di Malaysia kerana namanya yang sudah cukup sebati maka ia mudah didapati di merata-rata tempat. Apa pendapat anda?
SAJI.MY
|