|
Dikatakan manusia ini, disumpah oleh Jesus semasa dalam perjalanan untuk disalib, manusia ini disumpah kekal hidup sehingga hari kiamat. Mengikut tradisi kristian, manusia ini ditemukan diseluruh Eropah, di England, di Denmark, di Italy, di Switzerland, di Germany.
Catatan ringkas tentang manusia misteri ini, di laman web http://www.pitt.edu/~dash/type0777.html
Mengikut pandangan korang semua, siapakah manusia misteri ini? Ada berapa orangkah yang kekal hidup sampai hari kiamat, selain Dajal?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang benar seperti kata Cik Srikandi, bermain sejarah seperti bermain puzzle. Cebisan-cebisan sejarah bertaburan di seluruh dunia. ada cebisan-cebisan sejarah yang telah hilang,musnah dan sebagainya. ada yang tidak direkodkan, atau secara lisan sahaja seterusnya menjadi mitos sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bullshit la weyh. |
|
|
|
|
|
|
|
korang yang bullshit ni, adakah tidak percaya tentang kewujudan manusia dajal al-masih ni atau tidak? atau adakah dajal sekarang ni tengah tengok TV sambil menunggu kedatangan hari kiamat? amat bosan kan, sudah tentu tidak. dajal akan menyesatkan umat manusia seramai yang mungkin.
alkisahnya, sebelum Mohamad Isa Dawwud menulis bukunya, seorang profesor dari russia yang beragama kristian bernama Prof Sergius A Nilus telah pun menyedari kehadiran dajal, 95 tahun sebelum Mohamad Isa Dawwud.
http://detikislam.blogspot.com/2 ... rbongkar-pada.html# |
|
|
|
|
|
|
|
The various appearances claimed for him were at Hamburg in 1547; in Spain in 1575; at Vienna, 1599; Lübeck, 1601; Prague, 1602; Lübeck, 1603; Bavaria, 1604; Ypres, 1623; Brussels, 1640; Leipsic, 1642; Paris, 1644; Stamford, 1658; Astrakhan, 1672; Frankenstein, 1676; Munich, 1721; Altbach, 1766; Brussels, 1774; and Newcastle, 1790. The last appearance mentioned appears to have been in America in the year 1868, when he was reported to have visited a Mormon named O'Grady (see "Desert News," Sept. 23, 1868).
tahun-tahun kemunculan pertama pada 1547 sehingga tahun terakihr 1868, menjangkau 321 tahun.
http://www.jewishencyclopedia.com/articles/14773-wandering-jew |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut wikipedia, the green man merujuk kepada ukiran kayu di gereja yang berbentuk kepala. Juga di perenggan akhir dirujuk sebagai Nabi Khidir. Ya, Nabi Khidir termasuk dalam senarai 4 nabi yang kekal hidup, iaitu Nabi Isa,Nabi Idris, Nabi Ilyas, dan Nabi Khidir.
|
|
|
|
|
|
|
|
secara ringkasnya kisah ini mempunyai banyak versi. Masyarakat yahudi menolak kisah ini, mereka mengatakan sebagai dongengan sahaja. Ada versi cerita, si terkena sumpahan tidak bernama, manakala didalam versi lain dia diberi nama Cartaphilus atau Malchus atau Ahasuerus. Manusia ini dikatakan setiap 100 tahun akan kembali muda, bukan kembali menjadi baby, tapi kembali ke umur 30 tahun dengan hanya bersalin kulit.
cerita ini muncul pada awal penyebaran agama kristian, pada zaman Eropah Middle Age.
selain itu wandering jew turut dinamakan kepada sejenis tembuhan renek yang merayap, nama saintifik tumbuhan in, Tradescantia zebrina yang membiak secara cepat diseluruh pelusuk taman. |
|
|
|
|
|
|
|
gbam replied at 14-8-2015 11:27 PM
Pada pendapat saya, kisah ini hampir bersamaan dengan cerita Mohd Isa Dawud dalam kitabnya, tentang ...
Kalau baca dalam blog atok zamany lagi menarik cerita tentang samiri aka dajjal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah gak baca ..cuma yg aku konpius mcm mana diorang boleh kenal dgn 'the wandering Jew'.
Takkan dia pakai name tag.....
Teringat lak kat cerita The Highlander....Immortal...tp aku rasa diorang hidup pun penuh sesalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
blog atok zamany saya lihat sepintas lalu lebih banyak bercerita pasal akhirat dan kematian, syurga dan neraka (dalam blog archive dari 2009-2015). Namun dalam my blog list ada pautan kepada blog Return of the king. Menurut kajian yang dibuat, berdasarkan hadis Abu Daud, dajjal telah keluar dengan kejatuhan kota Constatinople oleh Sultan Fateh pada tahun 1453M. Tapi berdasarkan cerita kisah wandering jew, manusia misteri ini telah ada lebih awal lagi, tahun 1M mingkin.
|
|
|
|
|
|
|
|
pada permulaan manusia misteri ini pergi ke satu church dan berjumpa dengan satu Pastor disitu, mereka berbual. dan manusia misteri ini bercerita tentang kisah zaman dahulu semasa nabi isa, dan pastor itu terkejut dengan pengetahuan manusia misteri ini yang begitu luas dan detail. seterusnya laporan dibuat oleh pastor ini dan manusia ini dicop sebagai misteri.
seterusnya ditempat lain manusia ini ditemui, dia dkesan dapat berbicara dalam pelbagai bahasa, seterusnya dicop sebagai misteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh macam tu....setakat yg aku bacalah dalam Buku Misteri yang diterbitkan dari luar Negara, ada gak disentuh ttg 'Mystery Jew' ni, tapi buku tu dah hilang la pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
syam2307 replied at 18-9-2015 11:52 AM
apa nama blog dia?
Zamany kubra.com..bahagian awal penulisan ada kisah samiri dan manusia syaitan dipilih dajjal.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit petikan dari blog zamany, jadi sudah jelas disini, the wandering jew ialah dajjal. cuma yang masih berteka-teki ialah golongan kristian dan yahudi, kerana the wandering jew ini memakai nama samaran ikut keadaan setempat, tempat ini dia pakai nama Ahasuerus, tempat lain pakai nama Malchus satu teknik penyamaran.
Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dajal bertemu Rasulullah ? Hadis riwayat siapa tuh ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|