View: 2715|Reply: 0
|
15 Tanda Lelaki Itu Serius Mahukan Kamu
[Copy link]
|
|
Bukan senang nak cari lelaki yang serius untuk menginginkan kamu.
Mungkin, di depan kamu bicaranya manis, pijak semut pun tak mati, tapi di belakang kamu ‘ayat-ayatnya' juga manis dengan perempuan-perempuan lain di luar sana.
Susah nak tahu lelaki itu serius atau tak dengan kamu. Namun, kami senaraikan 15 tanda yang di mana si dia memang serius dengan kamu.
Kamu yang perlu menilainya sendiri.
1. Si dia selalu membebel dan memberi nasihat kepada kamu. Dia nak ingatkan kamu bahawa ada yang sayang pada kamu.
2. Dia selalu memandang ke masa depan dan risau ke mana hubungan kamu dan dia. Dia memang serius dan takut akan kehilangan kamu.
3. Sukar untuk lelaki menitiskan air mata kerana kamu. Itu bukti yang si dia benar-benar cintakan kamu.
4. Takut ada orang ketiga dalam perhubungan kamu. Sebolehnya kamu milik dia sahaja.
5. Bila dah sayang, kecantikan, umur dan jarak tidak punya erti apa-apa bagi si dia.
6. Dia sentiasa melakukan sesuatu untuk menghiburkan hati kamu yang sedang gundah.
7. Kadang-kadang perangai tak ubah macam budak-budak sebab nakkan perhatian. Kuat merajuk. Maka, pujuklah sebab dia nak perhatian kamu.
8. Bila kamu ada masalah atau memerlukan bantuan, sebolehnya dia akan datang untuk membantu sebab dia tak suka melihat kamu dalam kesusahan.
9. Sentiasa mengingatkan kamu bahawa dia sentiasa sayangkan kamu.
10. Tak suka kamu berpakaian seksi, sebab dia tak nak lelaki lain memerhatikan kamu.
11. Kadangkala nampak seperti mengongkong kebebasan kamu, nampak agak cemburu atau curiga, bukan sebab tak percaya, tapi takut kehilangan.
12. Bila kamu mula kurang bagi perhatian padanya, mulalah nak cemburu atau sensitif terhadap kamu.
13. Susah nak nampak dia layan perempuan lain, kecuali urusan kerja atau urusan penting yang lain.
14. Jangan cuba-cuba nak dekat, dia tak suka ada lelaki lain cuba rapat dengan kamu.
15. Dia membuktikan cintanya melalui perlakuan dan usahanya, bukan kata-kata semata-mata.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|