View: 1509|Reply: 0
|
‘Signal Cinta’ Dari Kawan Baik?
[Copy link]
|
|
Aduhai, baca tajuk pun sudah nampak macam ‘sesuatu’ kan? Kata orang, perasaan cinta tidak terhad kepada sesiapa pun termasuklah sahabat kamu sendiri.
Biarpun perkenalan di antara kamu dan dia bermula atas dasar ‘teman tapi mesra’, tetapi siapa mampu menolak jika perasaan cinta itu mulai bercambah dari sehari ke sehari.
Kenali 13 tanda-tanda bila sahabat mulai jatuh cinta denganmu:
1 - Jika kamu mula menceritakan tentang lelaki yang kamu minat, cuba lihat reaksi dia, adakah dia akan menyokong atau sebaliknya? Kebiasaannya dia akan memburuk-burukkan lelaki tersebut pada kamu, sedangkan dia kenal pun tidak..alahai!
2 - Membina perhubungan baik dengan keluarga kamu, terutama ibu dan ayah. Selalu menghubungi mereka tak kira masa, oleh sebab itu ibu dan ayah kamu sangat menyenanginya.
3 - Dia juga sanggup berkorban apa saja untuk kamu. Kamu boleh lihat bila mana dia sanggup menemani kamu menonton filem cinta di panggung wayang. Kamu sendiri tahu dia sangat anti dengan filem jiwang! Demi kamu semuanya boleh.
4 - Jika kamu sudah punya pasangan, dia seakan cemburu melihat kemesraan kamu dan kekasih. Adakalanya bila kamu bercerita tentang si arjuna, dia pasti akan cepat-cepat mengubah topik!
5 - Tika kalian keluar bersosial bersama temanteman lain, dia pasti akan membayarkan semua makanan serta keperluan kamu pada waktu itu, hanya kamu! Tidak termasuk teman-teman yang lain!
6 - Saat kamu mempunyai masalah, dia adalah orang pertama yang akan tiba tepat pada masanya atau berada di sisimu. Sebolehnya, dia nak kamu tahu yang kamu sangat penting dalam hidupnya.
7 - Dia seringkali berkongsi tentang ciri-ciri gadis idamannya dengan kamu. Apa yang menariknya di sini ialah ciri-ciri tersebut sama pula dengan karakter kamu, hurm...
8 - Seringkali mengajak kamu untuk menemaninya menghadiri apaapa saja majlis atau keramaian. Walhal dia sendiri boleh pergi tanpa kamu. Nampak tak betapa dalamnya cinta dia buat kamu.
9 - Selalu menawarkan dirinya sendiri untuk mengambil dan menghantar kamu pulang setelah tamat waktu kuliah. Betapa istimewanya kamu dimatanya.
10 - Ketika kalian dan teman-teman lain keluar melepak dan bersuka ria, dia selalu berada dekat denganmu, hatta di meja makan, pasti tempatnya juga disebelah kamu. dia tidak akan pernah meninggalkan kamu. Berada dekat denganmu membuatkan dirinya berasa nyaman.
11 - Selalu bergurau senda dengan kamu tanpa ada batasan. Berbanding dengan teman perempuannya yang lain, perilakunya lebih terbatas dan tiada gurau senda.
12 - Menghafal segala benda yang menjadi kesukaan kamu, dari makanan kegemaran hinggalah warna kesukaan. Sedangkan teman lelaki kamu sendiri tidak pernah menghafal apa-apa tentang kamu.
13 - Sering membuat kejutan yang tidak terduga. Kejutan itu selalunya akan membuatkan kamu sendiri berasa gembira.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|