CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2201|Reply: 0

2+2 Tanda Lelaki Kaki Kikis!

[Copy link]
Post time 22-9-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode


                    “Love is blind” itu lah perkataan yang sering kita dengar ketika bercinta. Hakikatnya girl, "Love is not blind, but love DOES make you blind!”. Jatuh cinta boleh membuatkan kamu ‘tutup mata’ atas segala kelemahan seorang jejeaka walaupun hakikatnya kamu sedar motif sebenar si dia. Jangan begitu, usah terus tertipu dengan sikapnya yang berpura-pura. Ayuh sedar dan tahu 5 tanda lelaki itu sebenarnya hanya cintakan duitmu bukannya diri kamu!

        TERTINGGAL WALLET
        Dari awal perkenalan hingga ke hari ini si dia asyik memberi alasan yang sama iaitutertinggal wallet. Girls, fikirkan semula. Tak kanlah setiap kali keluar dengan kamu si dia asyik tertinggal walletnya bukan ? Lagi pula tahukah kamu jantung ke dua bagi seorang lelaki adalah walletnya. Jadi sebenarnya agak sukar di percayai jika si dia kerap lupa walletnya bukan ?

        SUKA MENGINTAI SAAT KAMU KELUARKAN WANG
        Saat kamu sedang sibuk keluarkan duit di mesin ATM, si dia asyik menjeling kearah skrin mesin untuk melihat jumlah akaun kamu. Girls, situasi ini bukan bermaksud si dia ‘care’ tentang kamu ya! Sebenarnya ini adalah salah satu taktik untuk melihat adakah kamu mempunyai jumlah duit yang lebih atau sebaliknya. Jangan terkejut jika satu hari nanti si dia mula berani meminta duit atau pinjam duit kamu.

        “SAYA KERJA BUSNIESS KECIL-KECILAN SAHAJA”
        Rasanyanya tak ada siapa yang perlu merahsiakan pekerjaan mereka dari pengetahuan umum melainkan jika dia memang seorang perisik dan sedang ‘undercover’. Jika ada jejaka yang berkata “saya kerja busniess kecil-kecilan sahaja” pada kamu percayalah ada beberapa kemungkinan yang boleh terjadi di sebalik ‘busniess kecil-kecilan’ yang di maksudkannya. Antaranya ialah mungkin dia tiada kerja yang stabil atau tetap, pekerjaan yang teruk dan paling tidak sebenarnya si dia memang tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Motifnya, bila dia perlukan duit dari kamu si dia mula gunakan alasan busniessnya sedang kritikal dan memerlukan bantuan kewangaan.

        SUKA MENGELAK
        Asal kamu ajak si dia keluar makan dan ingin belanja tengok wayang laju sahaja si dia mengatakan YA. Namun, bila kamu meminta si dia belanja, ada sahaja alasannya cuba mengelak untuk keluar bersama. Girls, fikirkan mengapa ini terjadi. Bukankah terang-terangan si dia hanya berminat jika kamu yang laburkan duit kamu padanya ? Jadi fikirkan semula. Adakah ini benar-bernar cinta ?
        -remaja-



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.287868 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list