|
Setiap tahun, pada tarikh 9 Zulhijah, kawasan di sekeliling Kaabah lengang dan kosong. Tiada kaum Muslimin yang mengerjakan tawaf, sama ada tawaf sunat, umrah mahupun haji. Ini adalah kerana pada hari tersebut para jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan rukun haji iaitu berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf.
Pada ketika itulah kiswah atau kelambu Kaabah yang menutup Baitullah ditukar dengan yang baru. Kiswah yang lama akan diagih-agihkan. Bahagian yang bertulisan emas dan perak akan dibahagi-bahagikan kepada pembesar-pembesar negara yang datang ke Arab Saudi sebagai cenderamata. Sementara kain kosong yang berwarna hitam diberikan kepada muazin, iman dan keluarga mereka.
Sebanyak 16 potong ayat Al-Quran ditenun di bahagian pinggangnya (bahagian tengah keliling). Di antara ayat-ayat tersebut ialah suruh al-Ikhlas di bahagian penjurunya, surah al-Jumuah, surah al-Baqarah dan tulisan lain seperti Subhanallah, Walhamdulilah dan Allahuakbar. Sementara di pintu Kaabah pula, di bahagian langsir terdapat surah al-Falaq, an-Nas dan al-Ikhlas.
Kos perbelanjaan sehelai kiswah termasuk para petugasnya seramai 260 orang itu berharga puluh puluh juta rial.
Kiswah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
Sitaar (Langsir) yang menutup pintu Kaabah
Tirai yang menutup dinding Kaabah.
Hizam (tali pinggang) Kaabah.
Tada tarikh yang jelas, bilakah tradisi memasang kiswah Kaabha ini bermula. Ada pendapat menyatakan ia bermual sejak dari zaman Nabi Ismail.
Namum ada riwayat yang menyatakan , orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubbak al-Himyariyy Asad Abi Karb, Raja Yaman pada kira-kira 220 tahun sebelum Hijrah.
Dan ada juga pendapat yang menyatakan datuk Nabi Muhammad, Adnan Ad merupakan ahli buat barangan dari kulit unta,orang pertama yang memasang kiswah Kaabah.
Pada zaman itu, mereka tidak membuka kiswah yang lama, kiswah yang baru terus diletakkan dan kiswah akan dibiarkan mereput dengan sendiri.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, kiswah Kaabah ditukar 2 kali setahun, iaitu sebelum Ramadhan dan pada hari wukuf di musim Hajj Kaabah akan dimandikan dengan air zamzam dan minyak atar.
Meskipun kiswah nampak hitam legam jika dilihat dari luar, namun ternyata bahagian dalam kiswah itu berwarna putih. Salah satu kalimat yang tertera dalam pintalan emas kiswah adalah kalimah syahadah, Allah Jalla Jalallah, La Ilaha Illallah, dan Muhammad Rasulullah. Surat Ali Imran: 96, Al-Baqarah: 144, surah Al-fatihah, surah Al-Ikhlas juga terpintal indah dalam benang emas yang menghiasi kiswah sementara kaligrafinya merupakanayat-ayat yang berkaitan dengan haji dan Kaabah juga Asma-asma Allah yang dimuliakan.
setiap kiswah hanya mempunyai jangka masa selama satu tahun. Bahkan, kiswah yang lama dipakai di Kaabah ada yang dipotong-potong dan kemudiannya potongan tersebut dijual sebagai penghias rumah mahupun pejabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
dr bg kt pemimpin yg sedia kaya tu sbgai cenderamata, baik lelong n hasil jualan tu buat amal jariah.. 20sen dr sy |
|
|
|
|
|
|
|
rs mcm membazir je tiap2 tahun nak kena ganti.
budaya aku selagi leh guna, guna je la smpi lunyai |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak silap dengar semalam dia kata kos buat kiswah ni 20juta riyal... |
|
|
|
|
|
|
|
saudi dapat 100 billion setiap musim haji..
jd kos die buat kiswah tu nmpak kecik la bagi puak saudi
tp mgkn korang rasa xpuas ati ngan jawapan camtu..
mgkn die jual tuk bayar balik kos kiswah next year..
silap2 die dapat untung.. who's know,,tapi kalauu koorang rasa menda nie membazir..Tulislah surat kepada duta KSA di Malazia mengatakan pendapat sdr yang kos kiswah adalah satu pembaziran. Dah buat ke ? or try anta ka saudi government,mana tau depa reply ka...
dah pernah tengok al Kiswah in real?
Jika belum, kena buat tawaf baru nampak jelas. Ianya dikatakan cantik dan
menarik, permaidani bermotifkan ayat ayat AlQuran...sebab itu ada
tangan tangan gatal pergi gunting kecil kecil dan bawa balik
ke tempat asal... Berbalik cerita asal,
mengkelambukan kaabah tidak dilarang dan bukan bid'ah. Hal
kelambu kaabah ini termasuk perkara perkara yang ada dan
melintasi zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Apa tindakan
Rasulullah SAW bila berdepan isu kaabah secara fizikalnya?
Rasulullah SAW menyuruh hilangkan semua patung patung
berhala yang berada di dalam kaabah dan sekitarnya. Itu saja,
hal kelambu tidak disentuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|