View: 1691|Reply: 1
|
10 Sebab Lelaki Sukar Tambat Hati Gadis Yang Dia Suka
[Copy link]
|
|
"Awak kita jadi kawan je la yer." Si dia dah bersetuju untuk mengenali kamu dengan lebih rapat. Tapi, bila di pertengahan jalan, si dia hanya menganggap kamu sebagai kawan biasa. Di mana silapnya?
Jom lihat 10 sebab ini.
1. Terlalu 'Show Off'
Baru pertama kali berjumpa namun kamu sudah mula bercerita perihal jawatan, rumah dan segala harta yang dimiliki. Perlakuan kamu yang suka menunjuk-nunjuk ini hanya akan menimbulkan perasaan kurang senang kepada si dia. Sebaiknya, berceritalah perihal kamu secara sederhana. Biarkan si dia yang menilai sendiri. Be humble ok!
2.Gatal Tangan
Cuba kawal emosi kamu dan hormati diri seorang gadis. Pergerakan tangan yang tanpa kawalan terhadap si dia boleh menyebabkan kemarahan. Oleh itu, jangan sekali-kali bertindak melulu dengan sewenang-wenangnya menyentuh si dia.
3.Tak Gentleman
Tunjukkan sifat prihatin kamu terhadap si gadis dengan membuka atau menutup pintu kereta, menarik kerusi sebelum mereka duduk, menuangkan air dan membawa bunga ketika keluar bersama. Si dia pasti tertarik dengan sikap budiman tersebut dan ingin terus berdampingan dengan kamu.
4. 'Behave'lah Sikit
Sopan tidak hanya tertumpu kepada gadis. Sebaliknya, kaum lelaki juga perlu memiliki kesopanan baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan. Bayangkan anda bercakap kasar dan kuat semasa makan atau menegur pelayan restoran dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan pertama dan terakhir anda keluar bersama si dia.
5. Tak Pandai Ambil Hati
Si gadis memang gemar dipuji terutama apabila mereka mengenakan pakaian atau sesuatu yang baru. Sesekali, pujilah mereka seperti ‘saya suka fesyen rambut awak’ atau ‘baju awak sangat cantik’. Buat mereka gembira dan tahu bahawa kamu menyedari perubahan tentang diri mereka.
Baca:
Panduan Guna Bedak Agar Cantik Sempurna
Guna Mayonis Rawat Rambut Bercabang?
Pernah Tak Sarung 'Kimono Jacket'?
Cantikkan Kuku Dengan Garam!
Signature Hard Rock Shop Melaka
6. Tak Pandai Bergaul
Si dia pasti terharu dengan sikap ramah kamu terhadap keluarga dan rakan baik mereka. Cuba tawan hati orang-orang di sekeliling mereka dahulu sebelum anda memikat hati si dia.
7.Jangan Gelojoh Sangat
Jangan gelojoh ketika menikmati makanan walaupun kamu sangat lapar. Kawal diri anda dan ambilkan si dia makanan terlebih dahulu. Usah terburu-buru meluahkan perasaan cinta dan memaksa si dia menerima kamu. Tindakan sedemikian akan membantutkan usaha kamu untuk terus mengenali dirinya.
8. Penampilan
Selain suka dipuji, wanita juga menyukai sesuatu yang cantik. Bergayalah dengan pakaian yang segak dan bersih. Semburkan wangian sebelum keluar. Pastikan rambut dan janggut kamu dikemas rapi agar kelihatan segar dan bergaya.
9. Asyik Bercerita Hal Sendiri
Daripada mula perjalanan hingga tiba ke destinasi, kamu sahaja yang bercerita tentang diri kamu. Amalkan komunikasi dua hala. Tatkala anda bercerita, si dia mendengar. Begitu juga sebaliknya. Berikan si dia ruang untuk berbicara tentang diri dan latar belakangnya juga.
10. Haji Bakhil
Elakkan terlalu berkira atau membiarkan si dia sahaja yang membayar makanan. Sekali-sekala, tidak salah sekiranya kamu ingin menghargai mereka dengan menghadiahkan minyak wangi atau sebagainya. Pasti si dia tertarik dengan sikap pemurah kamu itu.
remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
well behaved man & intelligent.
main ingredients |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|