CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 0

Nafsu Isteri Terjejas Sebab 6 Perkara Ini

 Close [Copy link]
Post time 13-10-2015 03:40 PM | Show all posts |Read mode

                    Lelaki, jangan pandang remeh soal nafsu wanita. Ya, ada banyak punca nafsu seks wanita menurun. Puncanya mudah saja tapi kadang faktor yang nampak biasa ini menyebabkan wanita kehilangan mood untuk seks dalam tempoh yang lama. Berikut adalah enam penyebab nafsu seks wanita merudum.


        1. Tekanan hidup
        Jika ini yang dihadapi, penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menghilangkan segala stres dan fikiran negatif. Jangan bawa pulang ke rumah
        kerja di pejabat yang menyebabkan fikiran anda jadi semak. Jadikan rumah tempat anda beristirahat agar tubuh dan fikiran kembali segar.


        2. Pendam perasaan marah
        Rasa marah atau tidak puas hati walau sekecil mana pun pada pasangan jika terus dikumpul akan jadi besar dan boleh membawa bencana untuk perkahwinan. Nilai diri dan perbaiki komunikasi dengan pasangan. Ini akan menjadikan hubungan lebih intim dan kembali normal.


        3. Ubah masa tidur
        Mungkin anda pun tak jangka, tak cukup tidur sangat berkait dengan soal nafsu. Kurang tidur boleh buat tubuh tak cukup rehat dan kacau emosi termasuk seks. Selepas tidur, organ atau hormon akan kembali normal dan tubuh menjadi segar.


        4. Sibuk sangat dengan anak
        Waktu privasi dan keintiman suami isteri semakin kurang. Wanita yang baru melahirkan dan sedang menyusu bayi penurunan kadar estrogen yang dialami menyebabkan vagina kering sehingga hubungan intim terasa menyakitkan. Ya, ini menyebabkan keinginan untuk seks menurun drastik.


        5. Banyak sangat ambil ubat
        Pengambilan ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ada kala memiliki kesan sampingan seperti menurunkan ghairah seks. Jika nafsu dirasakan rendah ketika anda mula mengambil ubat, segera rujuk dengan doktor agar anda diberi ubat alternatif.


        6. Bercinta dengan rokok
        Suami yang merokok, tolonglah peka. Campuran bahan kimia dalam sebatang rokok boleh menyebabkan pembuluh darah yang membawa darah ke alat kelamin sempit. Inilah yang ganggu nafsu seks jadi sangat rendah, bukan saja buat lelaki malah wanita juga.



        Demi membina keluarga yang meriah dan harmoni, anda kena dahulukan bab ini. Paling penting jangan salahkan sebelah pihak. Dua-dua kena semak apa yang kurang dan baiki mana yang mampu. Moga rumah tangga anda lebih bahagia dan ketat dengan kasih sayang!

                mingguanwanita




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.608691 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list