Castle Peleş ataupun Istana Peles adalah sebuah istana pada era Neo-Renaissance di Pergunungan Carpathian, dekat Sinaia di Prahova , Romania, Istana tersebut di bina pada zaman pertengahan yang merupakan laluan sedia ada yang menghubungkan Transylvania dan Wallachia, Istana yang tersegam indah dengan kesenian struktur dan arkitektur lama dibina antara tahun 1873 dan 1914. Perasmian Istana Peles telah diadakan pada tahun 1883.
Istana ini adalah hasil telah dibina oleh Raja Charles I. Sungguhpun berusia ratusan tahun struktur binaan istana ini masih kukuh dan istana ini menjadi tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung tempatan untuk melihat keindahan dan kehalusan seni binaan yang dipenuhi dengan ukiran - ukiran halus yang memukau.