View: 2462|Reply: 2
|
Bolehkah Menyesali Pernikahan?
[Copy link]
|
|
Salam. Saya nak tanyalah. Suami saya pernah cakap kahwin dengan saya tiada faedah. Lepas itu dia pernah cakap jika saya ada orang lain pergilah kepadanya. Dia juga cakap yang dia boleh duduk sorang dan dia cakap kalau nak cerai sangat pergilah pejabat agama. Lagipun saya juga tiada hati dan sayang dia dah. Saya rasa hubungan ni takkan kemana. Saya tak happy. Sangat sangat.
-Afira
Jawapan Cinta:
Apabila timbul persengketaan di antara pasangan suami isteri, mulalah masing-masing seakan menyesali dengan perkahwinan. Tambahan pula, ada juga yang menyesali kerana masing-masing ego dalam mempertahankan diri masing-masing. Masing-masing cuba menyalahkan dan seolah-olah tidak dapat menerima kekurangan pasangan.
Tidak wajar kepada seseorang itu menyesali perkahwinannya dengan seseorang khasnya apabila isteri yang dinikahi dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Ini kerana perkahwinan tidak bersalah. Yang bersalah ialah sekirannya isteri sendiri yang mungkin tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.
PakarCinta tidak menyatakan bahawa saudari bukan seorang isteri yang sedemikian, namun tanyalah diri saudari sendiri apakah silap dan kekurangan yang ada pada diri saudari dalam melayan suami tercinta.
Selain itu, saudari sebaliknya dinasihatkan mengusahakan cara yang boleh menyedarkan suami saudari itu seperti dengan bersolat hajat, meminta nasihat dari orang alim, membuat aduan kepada Qadi dan lain-lain.
Kegagalan dalam meinitikberatkan soal agama dan kegagalan dalam melaksanakan tanggungjawab baik suami mahupun isteri itu adalah sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Inilah rahsianya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang ada agama, bukan yang hensem sahaja.
pakarcinta
|
|
|
|
|
|
|
|
ada a few aspects
1. nafkah zahir dan batin - ikhlaskah atau diberi ( ini sudut tanggungjawab)
2. dia sendiri cakap dia ta mapu membahagiakan si wanita ke tak? if yes - then i would say divorce is probably the best way.
3. apa sebab berlaku macam ni - dari awal perkahwinan ke?
apa sebab?
kalau dari awal kahwin - dia kena tahu sama ada dia ni wajib kahwin ke haram kahwin , org yg jatuh hukum haram kahiwn bila mana dia tak dapat nak menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada si bakal isteri
so , apalak timbul ' saya tak ada faedah' = selepas kahwin?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah masing2 tak suka ngengada gi kawen buat apa?
kalau dah kawen pastu memasing pendam rasa then kena terima hakikatla hubungan tu memang dah berakhir..
tak guna hidup berdua tapi masing2 tak suka...
perkahwinan atas kertas jek tu gayanya memang takkan bahagia... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|