CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2210|Reply: 4

Lelaki, Inilah 3 Petanda Wanita Dah Mula Jatuh Hati!

[Copy link]
Post time 16-10-2015 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Selain lelaki yang selalu ego untuk meluahkan perasaan cinta, wanita juga mempunyai masalah yang hampir sama untuk meluahkan perasaan cinta iaitu malu. Ada tiga cara untuk mengetahui sama ada wanita itu telah jatuh cinta pada kamu atau tidak.

Cara Pertama: Lihat mukanya apabila berhadapan dengan kamu.

Wanita selalunya malu apabila berhadapan dengan lelaki yang dia suka. Apabila kamu lihat mukanya kemerahan-merahan menahan malu, itu bukti dia suka pada kamu. Dia juga kelihatan lega dan gembira apabila melihat kamu berada dekat dengannya.


Cara Kedua: Dia tidak pernah memburuk-burukkan kamu.

Jika kamu perhatikan ada wanita yang tidak pernah burukkan-burukkan kamu, sebenarnya dia ada hati pada kamu. Contohnya ketika kamu melakukan kesalahan, dia seorang sahaja yang tidak menyalahkan kamu. Sebaliknya dia berusah mempertahankan kamu. Dia juga hanya berkata-kata baik mengenai hal peribadi kamu. Dari matanya, dia ingin selalu memberi galakan pada diri kamu.


Cara Ketiga: Dia suka bersembang dengan kamu.

Apabila wanita itu suka atau jatuh cinta pada kamu, dia akan selesa apabila bersembang dengan kamu. Dia akan cuba untuk ikut rentak hidup kamu dan akan cuba untuk bersembang perkara yang betul dengan kamu. Bagi dia, dia mahu menarik perhatian kamu dengan kebijaksanaan yang dia ada.


Jika kamu melihat wanita itu ada salah satu atau semua tanda di atas, betullah sebenarnya wanita itu sudah jatuh hati pada kamu.


P/S: Wahai wanita, setuju ke? Hihi


pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 04:45 PM | Show all posts
kihkihkih....tiadak ada wanitak yg berani bicara sama gue....kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 05:00 PM | Show all posts
ye ke... takkan ramai lak pompuan yg suka ngan aku nih.... muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:44 PM | Show all posts
aku ada dlm setiap ciri2 kat atas..takan lah aku mudah jatuh cinta pulak..
Aku rasa aku cuma sentiasa berfikiran positif je..tak suka bersangka buruk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:04 PM | Show all posts
bkn tanda jatuh cinta pon.
1. malu bile b'hadapan - dah fitrah ppuan, mmg pemalu jika baru ptama kali b'jumpe sbb kite xknl karakter org tu.
2. xpnh buruk2kan - dah knp nak burukkan jika org tu mmg baik. ade ke kite burukkan kawan lelaki kite?
3. suka b'sembang - xsemestinye suka b'sembang dgn lelaki tu, sbb kite jatuh cinta dgn lelaki tu. kdg2 kite suke b'sembang dgn die kerana pandangan die, idea die, cara die membawa diri yg wat kite suka. especially jika kene dgn topik yg kite suka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.460398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list