View: 1990|Reply: 0
|
14 Perkara Yang Kamu Tak Patut Buat Selepas Putus Cinta Disebabkan Orang Ke-3
[Copy link]
|
|
Selepas putus cinta disebabkan oleh orang ketiga, pasti macam-macam pekara yang akan kita lakukan. Tidak di nafikan, adakalanya perbuatan seperti ini dapat mengurangkan rasa sedih yang terbuku di dalam hati.
Namun adakah ia berbaloi ? Hati-hati jangan sampai kamu tersalah langkah akhirnya kamu sendiri yang akan malu dengan tindakan luar kawalan kamu sendiri.
Di sini REMAJA akan kongsikan 14 pekara yang TIDAK BOLEH kamu lakukan sebaik sahaja putus cinta disebabkan oleh ada orang ketiga.
1✲ UPDATE STATUS ‘MEROYAN’
Tak perlu ‘update’ status pelik-pelik hanya untuk menarik perhatian si dia mahupun orang lain. Bukan apa, bila kamu menulis sesuatu ketika sedang bersedih, macam-macam perkataan dan ayat yang tidak di jangka akan di keluarkan. Silap-silap hari bulan, bukannya orang kesian tetapi orang naik meluat lagi adalah. Sekali sekala boleh lah di maafkan tetapi kalau dah setiap minit status kamu muncul di newsfeed friend list kamu itu memang melampau!
2✲ MENYANYI & DENGAR LAGU SEDIH
Selepas putus cinta pasti kamu mengharapkan satu semangat yang baru untuk bangikt bukan ? Tetapi apalah maksudnya kalau setiap kali pergi karoke atau dengar lagu je pasti kamu akan pasang lagu ‘patah hati’ macam mana nak bangkit ? Betul tak ? Apa kata, buat masa ni buang lagu-lagu sedih di playlist kamu dan cuba biasakan diri mendengar lagu-lagu yang boleh memberi kamu semangat baru yang positif!
3✲ WHATSAPP MINTA SIMPATI
Elakkan diri daripada menghantar mesej simpati pada bekas kekasih. Tak perlu lah kata kamu menghidapi penyakit atau kononnya mahu pindah dari Malaysia. Semua teknik itu tak akan mengubah hatinya untuk kembali bersama kamu. Buat apa nak di paksa, biarkan sahaja si dia kejar apa yang dia mahukan.
4✲ BERKURUNG DIRI DI DALAM BILIK
Mengapa mesti kamu bersedih hingga berbulan-bulan ? Yang rugi sebenarnya bukanlah kamu tetapi dia. Kamu kehilangan seseorang yang tidak mencintai kamu tetapi dia kehilangan seseorang yang amat mencintai dirinya. Oleh itu, bangkit dan buktikan si dia kehilangan pasangan seperti kamu adalah sesuatu yang sangat merugikan.
5✲ UPLOAD BENDA KARUT DI INSTAGRAM
Tak kiralah sama ada kamu sedang di lamun cinta atau sebaliknya, tetapi jangan sesekali cuba mengupload video atau gambar yang boleh menyebabkan kamu menangung malu di Instagram. Kalau macam ni, memang gelaplah harapan kamu. Tentu-tentu si dia akan malu mahu berdamping lagi dengan orang yang suka menimbulkan kontroversi betul tak ?
6✲ BERHUBUNG DENGAN SAHABATNYA
Ini tidak bermaksud kamu harus terus putuskan hubungan kamu dan kawan-kawan paling rapat dengan bekas kekasih. Tetapi kata orang, elokkan rengangkan sedikit keakraban yang terjalin. Bukan apa, nanti kamu juga yang akan sakit hati bila dengar perkembangan bekas kekasih kamu selepas putus.
7✲ CEPAT CARI PENGANTI
Stop! Ini bukan masanya untuk kamu cari penganti. Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru,diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative yang ada pada kamu. Ambil masa,jangan gopoh.Bila sampai satu ketika kamu pasti bersedia untuk bercinta lagi.
8✲ JADI STALKER
Sudahlah. Mungkin perit nak membiasakan kehidupan tanpa dia. Tapi jika kamu tak mula hari ini, kamu akan terlambat untuk move on sepenuhnya. Buat apa nak sedih kalau si dia sedang bahagia dengan kehidupannya.
9✲ BURUKKAN SI DIA
Masa bercouple bukan main puji si dia romantik la, penyayang la. Tapi mengapa lepas putus semua keburukannya kamu hendak reveal. Biarlah. Mungkin, perpisahan ini sementara. Mana tahu one day kamu akan berbaik semula pada si dia.
10✲ LAYAN ORANG GILA TALAK
Jangan layan si dia yang ingin kembali kepadamu sebab dia pergi kepada orang yang ketiga. Mungkin, selepas beberapa ketika dia menyedari bahawa kamu 'much-much better.' Jangan jadikan harga diri kamu terlalu murah dan mudah dipermainkan oleh orang lain. Fikir sepuluh kali sebelum memaafkan dan menerimanya kembali.
11✲ NAMPAK KAMU LEMAH DAN TAK RETI BERDIKARI
No! Jangan sesekali menunjukkan kamu lemah tanpa si dia. Buktikan yang kamu pun boleh hidup kalau dia tak ada. Sebelum kehadiran si dia elok je kamu hidup seorang diri dan berdikari. Masa inilah nak meluangkan masa bersama teman-teman.
12✲ MENYALAHKAN ORANG LAIN
Janganlah kamu sesekali menyerang atau menyalahkan orang ketiga yang hadir dalam hidupnya. Sebelah tangan sahaja takkan berbunyi kalau si dia pun tak beri laluan kepada orang itu untuk hadir dalam hidupnya. Biarkan saja. Percayalah, ada orang yang lebih baik menanti kamu.
13✲ SIA-SIAKAN TEMPOH BERTENANG
Ramai yang tidak ambil serious tentang pekara ini. Sebaiknya cuba kamu habiskan masa untuk mengenali semula siapa diri kamu dan apa kelebihan kamu. Jangan sia-siakan masa, sementara kamu ada masa untuk melayan diri apa kata gunalah peluang ini sebaiknya. Sebenarnya inilah masanya untuk kamu bergerak bebas ke sana- sini tanpa memikirkan orang lain dang tiada siapa yang akan menyekat kebebasan kamu.
14✲ TAK PERCAYA AKAN JUMPA ORANG YANG LEBIH BAIK
Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang.Sebagai seorang yang telah kembali 'solo'. Gunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap kamu dahulu,apa yang kamu tak suka mengenai sikap kamu sendiri dan menjadi orang yang lebih baik. Paling penting, percayalah yang kamu akan mendapat pengganti yang lebih baik dari si dia. Chill, jangan berhenti berharap ya!
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|