CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 0

Betul Ke Kahwin Muda Ni Selalunya Takkan Kekal Sampai Ke Hari Tua ?

[Copy link]
Post time 20-10-2015 11:02 AM | Show all posts |Read mode


                    Pelbagai andaian yang dibuat hingga menyebabkan golongan remaja takut untuk mendirikan rumahtangga di usia muda.

        Namun, jika benarlah anggapan itu, mengapa orang-orang ‘veteran’ masih boleh bernafas sehingga kini, sedangkan hampir kesemua dari mereka berkahwin di usia muda ?

        Berhenti berfikir benda yang negatif!

        Mulalah bersikap matang dan fikirkan sesuatu yang positif mulai hari ini

        Jom pelajari 8 perkara yang harus kamu titik beratkan sekirannya kamu ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.

        1. Berfikiran Matang
        Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.

        2. Jangan Ada Rahsia
        Hubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga dengan kamu.

        3. Luangkan Waktu Bersama
        Jika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya.

        Maka, tidak hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan kamu.

        Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan melalukan aktiviti yang berfaedah.

        4. Buang Ego Yang Tinggi Melangit
        Perasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apa salahnya bertolak ansur lah sedikit.


        5. Give and Take
        Tidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa mesti begitu?

        Seharusnya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua.

        6. Sabar dan Tetap Sabar
        Dua tahun pertama perkahwinan adalah waktu di mana serba-serbi tidak mencukupi. Karier kamu dan dia pun baru sahaja bermula. Janganlah terlalu merungut kerana ia akan mengajar kamu tentang indahnya perkahwinan bila kamu kamu ada kesemuanya kelak.

        7. Hidup Sederhana
        Mungkin kamu 'cemburu' lihat kawan-kawanmu yang bujang berjimba dan berseronok ke sana-sini. Maklumlah tiada komitmen sangat. Maka, duit boleh digunakan untuk beli gadget dan pergi travel, lepak di Starbucks setiap hari. Tapi percayalah, mereka lagi mencemburui kehidupan kamu yang dah berumah tangga. Biarpun serba sederhana, tapi kamu punya teman dan sentiasa berdua bersama. Kan lebih sweet!

        8. Belajar Urus Kewangan
        Mungkin ada duit lebih untuk kamu 'upgrade' kenderaan kamu. Tapi, utamakanlah duit simpanan dan mungkin aset-aset yang penting seperti rumah. Harus bijak urus kewangan agar taklah kamu makan nasi dengan ikan bilis bila sampai hujung bulan.
        
pesonapengantin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044397 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list