Islam berpendirian bahawa tiada pelepasan tali kekangan bagi naluri seks untuk dilepaskan tanpa sebarang batasan dan ikatan. Dengan itu, diharamkan perlakuan zina dan apa sahaja yang menyebabkan kepada perlakuan zina itu dan apa yang berkaitan dengannya.
Namun begitu, Islam bangun menentang segala perkara yang bertentangan dengan perkara tersebut – Menentang perselisihan dan halangan terhadap naluri seks. Dengan sebab itu, Islam menyeru kepada perkahwinan.
Maka, dengan itu seorang umat Islam tidak halal ( tidak dibolehkan ) untuk menentang perkahwinan dalam keadaan berkemampuan untuk berkahwin. Juga beralasan untuk menghabiskan kehidupan untuk beribadat, perahiban ( tidak mahu kahwin ) dan memutuskan hubungan dengan dunia.
Nabi Muhamad SAW pernah memerhatikan sebahagian sahabat baginda yang serba sedikit terpengaruh dengan bentuk kerahiban ini. Lantas baginda mengumumkan bahawa perlakuan ini adalah terseleweng daripada metodologi Islam. Juga menyimpang daripada Sunnah baginda. Dengan itu, Rasulullah SAW mencampak keluar pemikiran – pemikiran kristian itu daripada suasana kehidupan masyarakat Islam
Tidak sepatutnya seorang muslim menahan dirinya daripada perkahwinan atas sebab bimbang kesempitan rezeki ataupun beratnya bebanan tanggungjawab terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha, bekerja dan menanti pertolongan Allah SWT yang telah dijanjikan buat orang yang berkahwin serta yang menjaga kesucian dan kehormatan dirinya.
pakarcinta
|