1. Jika anda ingin seseorang mencintai anda, maka belajarlah untuk membuktikan cinta anda. Berikan perhatian, kepedulian, hadiah terbaik dan apa sahaja untuknya. Berikan layanan yang memuaskan hatinya. Saya tidak menjamin anda akan memilikinya. Tapi saya berani jamin, anda akan mendapatkan cintanya jika anda benar-benar ikhlas mencintainya.
2. Penuhi keperluannya. Anda harus tahu keperluannya dan berikan untuknya. Berikan semampu anda. Ingat, keperluannya bukan keperluan diri anda. Bantu juga dirinya dalam mencapai tujuannya.
3. Berikan manfaat dan perasaan selesa atas kehadiran anda. Buatkan kehadiran anda sangat diharapkan dan penting.
4. Berikan jaminan keselamatan atas kehadiran anda. Kehadiran anda seboleh mungkin tidak merugikan. Jagalah kejahatan lidah, mata, tangan, kaki, dan s emua perkara dari dalam diri anda.
5. Jika Anda ingin dicintai Allah, maka bersyukurlah dan taatlah kepadaNya. Tak ada orang yang lebih beruntung selain orang yang dicintai oleh Tuhannya. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
pakarcinta
|