CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2943|Reply: 5

Menarik, Jalan raya di bina di atas sungai

[Copy link]
Post time 27-10-2015 11:19 PM | Show all posts |Read mode



Negara Cina telah merasmikan hamparan jalan raya baru yang menghubungkan Xinchang County ke Jambatan Zhaojun di provinsi Hubei China tengah. Menariknya, jalan raya sepanjang 10 km tersebut, 4-km nya dibina di atas sebuah jambatan yang membentang di sepanjang tengah lembah sungai. Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, Laluan baru akan mengurangkan masa perjalanan dari Xingshan ke Yiba Expressway hingga hanya 20 minit, dan pada masa yang sama juga memanjakan pemandu dengan pemandangan yang menakjubkan. Perjalanan awalnya memerlukan masa kira-kira satu jam sepanjang jalan curam dan berliku-liku.

Menurut pengurus projek jalan raya, Chen Xingda, ketika jalan raya ini pertama kali dicadangkan pada 2013, ada tiga kemungkinan laluan yang berbeza. Dua dari kemungkinan laluan melibatkan penggalian terowong melalui pergunungan di sekitar. Yang ketiga adalah laluan yang lebih panjang dan melibatkan pembinaan di atas air. Jurutera pada projek memilih pilihan ketiga kerana akan membolehkan mereka untuk melindungi banyak tanaman dan hutan di pergunungan. Mereka yang terlibat dalam projek ini mendakwa bahawa jalan ini adalah jalan pertama sebagai "ecological overwater road" di China.

Bahagian jalan raya yang berada diatas air ini saja (4 km) menelan kos kira-kira 2 juta yuan (US $ 320,000), yang hampir separuh daripada kos total seluruh jalan yang bernilai 4.4 juta yuan ($ 700,000)
Kopipes from duniacacamarba.blogspot.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya kos.

Kalau kat msia mau nya bilion bilion kos ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:48 PM | Show all posts
Ummah PRC mmg hebat dlm bab membuat jambatan dgn jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:50 PM | Show all posts
murahnya! kalau kontraktor malaysia mesti tak ramai nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:19 AM | Show all posts
mcm mane diorg buat keje pasang tiang tu??? air sungai elok je tak kotor pon kan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:41 PM | Show all posts
batman_2007 replied at 27-10-2015 11:31 PM
Murahnya kos.

Kalau kat msia mau nya bilion bilion kos ni

betul..

pernah terbaca artikel pasal kos jalan m'sia nie..baru few kilos dah rm3-4 biliyun...
ni sume salah cina dap la nie..


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.106456 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list