CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5644|Reply: 9

Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim

[Copy link]
Post time 3-11-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim



Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim yang telah dilahirkan pada 17 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden,Taiping, Perak merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia.beliau berketurunan(Bugis). Bondanya bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al–Attas. Hasil perkongsian hidup dengan Uda Mohd Hashim bin Daeng Che Ngah Tambah,mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Saadiah. Meor Abdul Rahman mempunyai 3 orang saudara perempuan seibu dari perkahwinan bondanya yang terdahulu iaitu Alin, Putih dan Hendon

Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Asam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah Inggeris Kamunting, Ipoh Trade School seterusnya di Technical School di Ipoh sehingga tahun 1936.



Pendidikan silat

Beliau menuntut ilmu persilatan dengan datuknya sendiri iaitu Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas, merupakan hulubalang negeri Pahang yang terkenal ketika itu kerana memiliki ramai pahlawan. Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas, hidup sezaman dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari datuknya. Selama lebih 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam berbeza dengan rakan – rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja seperti di Changkat Jering dan Batu Kurau.

Sejak dalam persekolahan menengah lagi, Meor Abdul Rahman sering berulang – alik ke rumah kandanya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau amat rapat dengan Hendon dan suaminya Zainal Abidin yang ketika itu bertugas di Balai Polis Kota Sarang Semut sebagai seorang inspektor.

Setelah tamat persekolahan dalam tahun 1936, beliau menetap bersama kandanya, Hendon. Beliau telah dijodohkan dengan anak angkat kandanya yang bernama Che Kalsom bte. Kechik. Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Kota Sarang Semut. Apabila kanda iparnya, Zainal Abidin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis serta dilantik sebagai Ketua Polis Daerah di Kuala Nerang, Kedah, Meor Abdul Rahman telah sama – sama berpindah dan menetap dengan kandanya di sana. Sepanjang berada di Kuala Nerang, beliau sering berkongsi hobi memburu burung dan ayam hutan dengan Pegawai Daerah Kuala Nerang iaitu Tengku Nong, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Pada suatu hari, beliau telah keluar berburu bersama – sama kandanya Meor Abdul Abdul Aziz dan seorang sepupunya bernama Bidin di Kuala Dang, Ulu Kedah. Ketika leka berburu di dalam hutan tersebut, beliau tersesat sehingga ke Padang Sanai. Di sana, beliau telah berkenalan dengan Pak Choh dan Tok Mek Jah, sepasang suami isteri penjual burung yang ditemui di Pekan Rabu. Atas permintaan Meor Abdul Rahman, mereka telah membawa beliau ke Mee Nam, Selatan Thailand. Ketika tiba di rumah Pak Choh di Mee Nam, beliau mandi di sungai di kawasan tersebut. Beliau mendakwa bahawa suatu lembaga yang berpakaian segak seperti hulubalang zaman kesultanan kerajaan Melayu Melaka telah menjelma dalam mimpi beliau. Beliau diarah oleh lembaga tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Hang Tuah mengadap Sultan yang memerintah negeri Perak untuk menyembah taat setia. Apabila tersentak dari tidur, beliau terasa ada perubahan pada dirinya bagaikan diresapi kegagahan yang luar biasa.

Setibanya di Taiping, beliau telah menceritakan detik pengalaman tersebut kepada ahli keluarganya. Atas nasihat Syed Zainal, Meor Abdul Rahman pergi mengadap Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang bersemayam di Manong, Perak. Beliau dititah untuk menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan. Pada sebelah malamnya, beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luarbiasanya di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Setelah berpuas hati dengan kegagahan Meor Abdul Rahman, baginda sultan menggelarkan beliau ‘ Rahman Sendo ’ dan dijadikan anak angkat baginda.[perlu rujukan] Beliau menetap bersama – sama Sultan Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2015 10:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 11:29 AM | Show all posts
lawan bruce lee ade info? hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 02:47 PM | Show all posts
crazecousa replied at 3-11-2015 11:29 AM
lawan bruce lee ade info? hehe

xtw lah ni mitos ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 04:23 PM | Show all posts

Sepatutnya rumah bekas arwah dato meor abdul rahman ni dibaik pulih dan di jadikan warisan sejarah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 08:13 AM | Show all posts
Beliau melayu perak yang ada sedikit saja darah bugis. Dalam erti kata lain, Meor Abdul Rahman masih tetap boleh hebat walau ada darah bugis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 10:52 AM | Show all posts
|-0-| replied at 4-11-2015 08:13 AM
Beliau melayu perak yang ada sedikit saja darah bugis. Dalam erti kata lain, Meor Abdul Rahman masih ...

semua datang dari tanah seberang kan... klu di perak banjar bugis... N9 minang.. johor Jawa dan apa tah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
pestol replied at 4-11-2015 10:52 AM
semua datang dari tanah seberang kan... klu di perak banjar bugis... N9 minang.. johor Jawa dan ap ...

Setahu aku tak ada masyarakat bugis di perak. Banjar dulu datang ramai ramai hingga masih ada komuniti sendiri di perak manakala bugis pula menetap sorang sorang macam  moyang kepada Meor Abdul Rahman dan seterusnya diserap oleh melayu tempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 05:33 PM | Show all posts
|-0-| replied at 4-11-2015 11:52 AM
Setahu aku tak ada masyarakat bugis di perak. Banjar dulu datang ramai ramai hingga masih ada komu ...

yup banjar yang ramai di perak.... abang lokman punya bapa darah banjar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061778 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list