|
Oleh Izzah Abbasy
Bercuti di Cherating, Pahang adalah suatu pilihan destinasi yang tepat. The Legend Resort Cherating, Kuantan Pahang yang terletak di Pantai Cherating merupakan pantai yang paling popular yang mempunyai pantai berpasir putih terbaik di Semenanjung Malaysia.
Resort ini dikelilingi dengan kehijauan tropika yang subur dengan bunyi desiran ombak menyediakan muzik latar belakang yang semula jadi. Terletak di 6.5 hektar kawasan hijau, resort ini mempunyai 248 bilik yang pasti menawarkan kepuasan sebuah syurga tropika.
Apa tunggu lagi, cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak-anak bercuti ke sini. Pelbagai aktiviti disediakan di sini, daripada menyelam dalam lautan, melakukan aktiviti lasak di daratan, aktiviti luar mahupun di dalam resort tersebut dan sebagainya. Moh ler aok-aok datang ke Cherating ni! - CARI Infonet
CARI Infonet
|
|