View: 4369|Reply: 6
|
Malang, Ibu Mentua Jadi 'Orang Ketiga' Dalam Rumah Tangga
[Copy link]
|
|
“Kami kahwin suka sama suka, tak ada masalah apa pun. Tapi, mak mentua saya tu macam sengaja cari pasal. Dari awal kahwin, ada saja yang tak kena. Sekarang ni tiba-tiba dia suruh suami ceraikan saya. Tak tau sebab tapi tiap-tiap hari dia telefon suami dan tanyakan bila nak ceraikan saya. Saya dan suami pun dah tak mesra sekarang ni...”
Realitinya, memang ramai wanita yang 'bermadu ibu mentuanya' sendiri. Apakah tiada jalan penyelesaian selain bercerai? Mustahil! Janji Allah pasti, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Bukan mudah nak ubah sikap ibu tambah tatkala si ibu tidak lagi bersuami. Jika si ibu masih bersuami dalam erti kata masih ada ayah, si anak dan menantu boleh harapkan bantuan si ayah tegur sikap si ibu. Malangnya, ramai ibu yang masih bersuami tetapi si suami atau ayah tak berani bersuara atau enggan campur tangan dan paling tragis, bila si suami sama ada suami mangsa atau suami kepada si ibu atau bapa mertua mangsa dengan mudah melafazkan: “Tu kan Mak, ikut aje lah, nanti berdosa pula.”
Ya! Seorang anak wajib taat pada ibu kerana redha Allah kepada seorang anak bergantung kepada redha ibu kepada anaknya TETAPI kalau arahan atau larangan ibu menyalahi syariat termasuk meruntuhkan sebuah ikatan perkahwinan tanpa alasan yang munasabah, arahan itu tak perlu dipatuhi dan keengganan itu tidak menjadikan anda anak yang derhaka.
Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh pasangan yang berdepan masalah dengan ibu dan mertua sebegini ialah anda dan pasangan perlu faham peranan anda, peranan pasangan dan peranan ibu atau mentua anda juga. Seorang anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada isteri dan anak-anak berbanding seorang ibu tatkala si ibu bukanlah insan melarat.
Ya, anak perempuan wajib taat pada suami berbanding ibu sendiri tatkala arahan suami tak bertentangan dengan syariat. Tapi, anda perlu lebih kenal sikap sebenar ibu sendiri, ibu mentua yang membuat kekecohan dalam rumah tangga anak dan menantunya adalah ibu mentua yang cemburu dengan kebahagiaan si anak dan menantu kerana dirinya tidak beruntung seperti mereka. Tak percaya? Memang ada ibu yang cemburu pada anak atau menantu sendiri. Dunia akhir zaman, macam-macam boleh terjadi.
Sabar itu memang nak kena lebih. Mana yang boleh diikut lenggoknya, ikutlah sedaya upaya. Mana yang tak boleh, berterus teranglah dengan penuh sopan, jangan sampai menganiayai hak pasanganpula. Kalau masih tak berkesan, boleh gunakan tindakan undang-undang.
Ibu mentua yang halang anak dan menantunya hidup bahagia dalam perkahwinan dikira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga orang lain dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Terdapat tika peruntukan yang boleh digunakan, disesuaikan dengan kes anda.
Tiga peruntukan tersebut dengan tiga jenayah berbeza:
- Pertama ialah kesalahan memujuk lari perempuan bersuami atau membawanya keluar meninggalkan kediaman yang ditentukan oleh suaminya.
- Kedua ialah kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dalam apa cara sekali pun.
- Ketiga ialah kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Bagi kesalahan-kesalahan ini, apabila disabitkan boleh didenda antara RM2000 dan tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh antara satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bukan suruh anda kenakan tindakan kepada mentua sendiri tapi memadai perkongsian ini untuk anda tahu. Moga suami dapat berfikir dan bertindak dengan matang dan rumah tangga anda kembali bahagia.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
bulan lepas pegi kursus kawen pun ustaz ada highlight pasal ibu mertua..
suami kena pandai tangani..bg hujah yg baik spy mak tu tak kecik ati..
Bila pikir2 balik..takut pulak kalau dpt jenis mertua yg jenis unsatisfied jeee..
|
|
|
|
|
|
|
|
langkah pertama pas nikah jangan dok jilat ketiak mak.. sebelum nak jilat pikir dulu.. ehh aku dah nikah.. jadi aku dah laki dewasa.. kalo nak terus jilat ketiak mak.. jangan menikah.. bagi mak mati dulu baru menikah.. serius dalam page fb bab kekeluargaan.. ramai laki jadi kaldai bodoh x tau tanggungjawab nak p pada sapa.. dulu ang dok dengan mak.. sekarang ngan bini.. jadilah dewasa sikit..
langkah kedua jadi matang.. dua dua ang x boleh beratkan.. jadi neutral.. last depa dua pompuan nie diam sendiri.. apa kejadah nak kena cium ketiak mak ngan junjung bini.. rilek rilek sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huk alaa... Kesiannya org yg dpt mertua begini
Utk tangani, yg penting SI anak kena bijak tangani sikap ibu yg begitu. Good luck kat SI anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg byk kes2 mcm ni.
Tapi suami isteri kena tangani dengan bijak.
Kalau dilayan karenah keluarga mertua yang depan baik belakang kutuk gaya nak rak pun blh pecah belah family. |
|
|
|
|
|
|
|
Menantu pun kena main peranan, kadang2 hipokrit tu perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
just pretend je.. no harm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|