View: 3096|Reply: 6
|
Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin
[Copy link]
|
|
Sangat cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia meninggal dunia selepas kepala bayi yang dilahirkannya terputus dan tertinggal di dalam perutnya akibat kecuaian doktor di sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.
Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.
Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.
Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.
Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.
“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,’’ katanya.
Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.
“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,’’ katanya.
Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin. –Mynewshub
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
|
|
|
|
|
|
|
|
erghhhh!! bapak ngeri!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kepala bayi dulu keluarkan?.... Ni mesti kedudukan bayi dalam keadaan songsang ketika dalam perut ibunya. Doktor tu mmg patut kasi putus kepala jugak la. |
|
|
|
|
|
|
|
nyilu dikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
knp tak operet bila udah rumit nk lahirkn secara normal.
sy dulu pun kena emergency czer sbb rumit nk kuarkn, baby besar.
dah step 2 dah, dah vacuum bagai dah teran separuh mati tetap tak blh. tersekat kepala lg walo dh nmpk rambut.
so sblm terjadi yg tak diingini kalo paksa tarik gak haruslah czer demi nyelamatkn kedua2nya. |
|
|
|
|
|
|
|
erk...skerinyer...!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|