View: 1617|Reply: 2
|
Salahkah Mencintai Lelaki Bukan Muslim?
[Copy link]
|
|
Saya mempunyai seorang kekasih hati yang telah saya kenali 8 bulan lalu. Dia ingin menjadikan saya isterinya. Masalah di sini ialah dia bukan seorang muslim dan merupakan penganut Buddha.
Saya pernah mengajaknya masuk Islam tapi dia tidak mahu sebab dia juga kira agak kuat pegangan terhadap agama Buddhanya.
Boleh PakarCinta membantu saya menyelesaikan masalah ini?
Jawapan Cinta:
Antara perkara yang perlu dilihat terlebih dahulu dalam persoalan perkahwinan di dalam Islam ialah persoalan sekufu dalam bab aqidah. Malah syarat ini merupakan syarat sah bagi sesuatu perkahwinan itu.
Oleh yang demikian, jika anda masih ingin mengambilnya sebagai pasangan hidup anda, anda perlu pastikan bahawa dia mestilah memeluk Islam terlebih dahulu. Untuk itu, anda perlu memujuknya dengan cara yang sesuai.
Namun, jika dia tidak mahu menganut Islam, anda perlu pasrah kepada ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sesungguhnya hidayah ini adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala sepenuhnya. Dialah yang paling berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan melindunginya daripada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Ingatlah, jodoh pertemuan ini adalah milik Allah. Pohonlah kepadanya agar dipertemukan dengan jodoh yang paling layak untuk diri anda. Bersabarlah saudaraku. Wallahu ‘Alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....depends jugaklah hahaha pada warna mata, pianist , etc etc... hahahahaah lawak je |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak share pengalaman tapi rupa nya tulisan dari soal jawab so malas nak diskusi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|