Surbo vortex generator yang berasaskan konsep cyclone ini memberi kesan sampingan negatif kepada enjin kereta anda. Produk vortex air swirler ini sudah lama diperkenalkan dan tidak dinafikan mempunyai kesan pada aliran angin masuk ke intake kereta anda. Namun tahukah anda kenapa ianya berbahaya? Bahan yang digunakan untuk membuat cyclone ini tidak dapat bertahan lama. Seperti yang anda lihat pada komen di gambar tersebut, bilah swirler tersebut akan patah dan serpihannya akan memasuki ruang enjin. Pada asalnya, idea cyclone ini dibuat dari aluminium dan kini terdapat produk plastik dan bahan lain yang tidak tahan serta mudah terserpih. Jadi sekiranya anda ingin memasang produk sebegini, fikir dahulu sebelum memasangnya kerana menurut mekanik workshop kereta, kes bilah patah ini kerap berlaku. INILAH SEBABNYA KENAPA SURBO CYCLONE DALAM AIR INTAKE HOSE BERBAHAYA
kereta.info
|