CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3455|Reply: 13

POKOK GELENGGANG

[Copy link]
Post time 28-11-2015 11:52 AM | Show all posts |Read mode


Pokok gelenggang atau disebut juga sebagai daun senna merupakan pokok herba renek yang tumbuh liar di belukar atau hutan di Malaysia yang dikatakan berasal dari Amerika Tropik.


Di kenali juga sebagai pokok kurap, belukar lilin atau nama Inggerisnya seperti candelabra bush, empress candle plant, ringworm tree atau candle tree dengan nama saintifik sebagai cassia alata atau C. senna dari famili Leguminosae banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.
Dalam perubatan Melayu, daun gelenggang merupakan tumbuhan ubatan yang mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau.


Caranya dengan melumatkan daun galenggang tanpa air dan dicampur setitik minyak tanah dan lumurkan pada tempat yang terkena kurap. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Kesannya sedikit pedih. Selain dari itu ianya boleh dijadikan penawar kepada sengatan serangga dan eczema.
Asas perubatan herba dalam tumbuhan ini terletak pada daunnya, walaupun akar dan bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai perubatan tertentu. Ekstrak dari pokok galenggang biasanya digunakan sebagai ramuan untuk losyen, sabun dan syampu.


Bersempena dengan Persidangan Industri Herba 2015 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani baru-baru ini, seorang pengusaha - Puan Norasmah Abd Ghani menjadi pengedar produk sabun, gel mandian dan syampu yang berasaskan herba termasuk dari herba pokok galenggang.


Puan Norasmah yang mengolah serta memproses sendiri produk keluarannya berkata, beliau telah menggunakan herba untuk menjaga kesihatan dan penjagaan diri sejak kecil hasil dari asuhan turun temurun keluarga.

(Jabatan Pertanian).





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 11:54 AM | Show all posts
Pokok Gelenggang






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:52 PM | Show all posts
Selalu tengok pokok ni...byk kegunaan rupanya ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 02:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 02:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2015 12:52 PM
Selalu tengok pokok ni...byk kegunaan rupanya ya

n penah juga nmpak pokok ni dulu..
dia elok untuk penyakit kulit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:27 PM | Show all posts
anniez08 replied at 28-11-2015 02:25 PM
n penah juga nmpak pokok ni dulu..
dia elok untuk penyakit kulit..

pokok ni byk kat kpg2
dulu selalu jgk jumpa  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2015 02:34 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 28-11-2015 02:27 PM
pokok ni byk kat kpg2
dulu selalu jgk jumpa

dia tumbuh meliarkan?..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:35 PM | Show all posts

a'ah.. org tua2 biasanya tau guna pokok ni utk apa banding org skrg
dah susah nk jumpa skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 02:37 PM | Show all posts
tahun lepas baru tau nama pokok ni pokok gelenggang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 02:39 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 28-11-2015 02:35 PM
a'ah.. org tua2 biasanya tau guna pokok ni utk apa banding org skrg
dah susah nk jumpa skrg

di bandar lagi susah nak cari
tp kalau da dikomersialkan mungkin ramai la yg tahu apa itu pokok gelenggang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:42 PM | Show all posts
anniez08 replied at 28-11-2015 02:39 PM
di bandar lagi susah nak cari
tp kalau da dikomersialkan mungkin ramai la yg tahu apa itu pokok g ...

org2 kpg biasanya tau bandingkan org bandar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 02:45 PM | Show all posts
bianglala replied at 28-11-2015 02:37 PM
tahun lepas baru tau nama pokok ni pokok gelenggang.

sebelum ni biasa nmpak da kan?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 02:46 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 28-11-2015 02:42 PM
org2 kpg biasanya tau bandingkan org bandar

kat bandar mana ada pokok2 tumbuh sendiri..
baru tumbuh je da kena cabut..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 03:27 PM | Show all posts
anniez08 replied at 28-11-2015 02:45 PM
sebelum ni biasa nmpak da kan?..

ha, tu la. ingatkan pokok bunga apa. rupanya pokok gelenggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.051637 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list