View: 3628|Reply: 2
|
Jom Lihat Keunikan Majlis Berkhatan Kaum Kurdish Di Kazakhstan
[Copy link]
|
|
Kita semua sedia maklum di Malaysia ada beberapa perkara unik yang dilakukan oleh orang melayu apabila upacara khatan dilakukan. Antaranya ialah upacara berendam didalam air dan duduk diatas batang pisang ketika tok mudim melakukan kerja. Tetapi semua itu sudah jarang dan mungkin sudah tidak di lakukan lagi. Tok Mudim sudah moden dan tidak memerlukan budak lelaki berendam atau berbaring diatas batang pisang ketika dikhatan
Mari kita melihat bagaimana upacara khatan dilakukan dan diraikan oleh kaum Kurdish di Kazakhstan. Tidak seperti adat istiadat melayu, upacara khatam kaum Kurdish siap dengan upacara tarian dan nyanyian sehari sebelum budak lelaki dikhatankan. Beberapa kambing turut dikorbankan pada hari keraian. Pada hari khatan itu sendiri si bapa akan bersolat dahulu bagi meminta upacara khatan anaknya akan selamat. Selepas itu semangkuk air gula diletakkan pada tingkap bilik upacara khatan akan dilakukan bagi memastikan tiada makhluk halus akan menjenguk tingkap. Akhir sekali kaum wanita didalam rumah harus membasuh kaki mereka didalam sebuah baldi bagi menyucikan diri. Jika kaki kaum wanita rumah itu bersih adalah dipercayai acara khatan akan menjadi lebih lancar.
dairishare
[size=0.88em]
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haniryan at 13-12-2015 05:22 AM
wah, yg berkhatan tu dapat insentif juga mcm d malaysia... agaknya, bila dan bagaimana bermulanya tradisi beri hadiah $ untuk budak2 bersunat ni ya.... just curious |
|
|
|
|
|
|
|
abeh ubat kebas nnt siap laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|