CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 3

Budak miliki hidung seperti Pinocchio

[Copy link]
Post time 16-12-2015 07:10 PM | Show all posts |Read mode


WALES, England – Seorang bayi berusia 21 bulan di sini memiliki hidung seperti watak kartun Pinocchio kerana menghidap sejenis penyakit ganjil.
Ollie Trezise disahkan menghidap penyakit dikenali sebagai encephalocele sejak dilahirkan iaitu kecacatan yang menyebabkan otaknya membesar di dalam hidung kerana tengkorak kepalanya tidak membentuk dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.
Keadaan tersebut menyebabkan Trezise terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi membantu dia bernafas selain merapatkan lubang pada tengkoraknya.
Ibunya, Amy Poole, 22, berkata, beberapa doktor yang melakukan ujian X-ray semasa kandungannya berusia 20 minggu telah mengesan kecacatan pada bayinya kerana beberapa tisu otaknya membesar pada bahagian wajah.
Bagaimanapun, dia terkejut ketika melahirkan bayinya itu di Hospital Universiti Wales pada Februari tahun lalu kerana memiliki hidung kelihatan pelik seperti kartun.
“Saya terperanjat sehingga menjadi kaku seketika. Dia sangat kecil dan hidungnya kelihatan seperti sebiji bola golf.
“Namun, bagi saya Trezise adalah sempurna. Dia merupakan seorang anak yang sangat comel dan kartun Pinocchio yang sebenar buat saya,” selorohnya. – Agensi

sumber:kosmo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 09:41 PM | Show all posts
hidung penis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:37 PM | Show all posts
Kecik2 nampak kiut.  Moga dia dilayan macam orang lain walaupun ada kelainan pada mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:57 PM | Show all posts
kalau dok malaysia sure mak nya kena hencap dgn makcik2 kononnya banyak tengok cite pinochio
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044534 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list