CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4204|Reply: 8

Hubungan Seksual

[Copy link]
Post time 28-12-2015 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Hubungan Seksual




Walau semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?


Mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

Mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

Mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

Mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

Mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.
MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

Mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

Mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

Mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina – hasil akhirnya adalah ejakulasi.

Mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.

Mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 12:56 PM | Show all posts
no 1 tu paling menarik... ada ke patut duk tunggu darah keluar sbb nak confirm dara ke x.. haish.. kalau jenis mmg x berdarah tu, mesti seumur hidup laki tu duk pikir bini dia dah kena tebuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 04:12 PM | Show all posts
rawahah replied at 28-12-2015 12:56 PM
no 1 tu paling menarik... ada ke patut duk tunggu darah keluar sbb nak confirm dara ke x.. haish.. k ...

so ada je la jenis x klua darah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 04:24 PM | Show all posts
piao replied at 28-12-2015 04:12 PM
so ada je la jenis x klua darah kan?

wife aku dlu x keluar darah jugak.. hasil pertanyaan aku kepada perempuan2 yg dah kawen, semua kata xde darah jugak.. kecuali sorang dua.. mmg mitos la sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 05:53 PM | Show all posts
rawahah replied at 28-12-2015 04:24 PM
wife aku dlu x keluar darah jugak.. hasil pertanyaan aku kepada perempuan2 yg dah kawen, semua kat ...

kalau klua darah tu sah2 tgk porn under age
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 10:42 PM | Show all posts
bagi je darah haid kalau dah nak sgt darah   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 03:36 PM | Show all posts
mitos no. 4 aku agak musykil....btol ke? ada sesape yg belajar medic bole sahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:37 AM | Show all posts
Yustan replied at 7-1-2016 03:36 PM
mitos no. 4 aku agak musykil....btol ke? ada sesape yg belajar medic bole sahkan?

apa yang ditulis tu betul....tak semestinya tak pancut dalam tak leh mengandung......sebabnya air mazi lelaki pun ada kandungan sperma (dalam jumlah yg kecil), so kalau one of the sperma tu berjaya berenang ke dalam telur bini ko, memang mengandung lah jawabnya.....tu sebab ada doctor pernah nasihatkan pancut luar tak digalakkan sebagai cara untuk rancang kehamilan. Melain kan kalau ko ada masalah jumlah sperma aktif yang sikit dalam ertikata lain tak berapa nak subur, jadi probabilitynya rendahlah tapi chance tetap ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 09:37 PM | Show all posts
rawahah replied at 28-12-2015 12:56 PM
no 1 tu paling menarik... ada ke patut duk tunggu darah keluar sbb nak confirm dara ke x.. haish.. k ...

dulu aku x pernah amik tau pun,kalo ye pun benda dah lepas x perlu nak ungkit,masa depan adalah dengan kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035313 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list