CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 7

Bayi Tercampak Keluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Di Lenyek Lori

[Copy link]
Post time 30-12-2015 09:34 PM | Show all posts |Read mode


Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.

Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.

Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.

Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.

Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.

Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.

Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.

Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. - Agensi


dairishare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 09:35 PM | Show all posts
subhanallah....panjang nyawa baby tu..
kuasa Allah...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baby tu bila dh besar nanti and mengenangkan apa yg terjadi pd ibu bapa dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:57 PM | Show all posts
Memang satu keajaiban besar bayi tu masih dapat hidup selepas kemalangan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 10:24 PM | Show all posts
Ya Allah, besar kuasa Allah.. besar pulak tu babynye.. 4.2kg..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih & tragis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 10:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-12-2015 09:35 PM
subhanallah....panjang nyawa baby tu..
kuasa Allah...........

Ingat tak beberapa tahun lepas ada kes yang lebih kurang ni la di atas jambatan sultan yahya petra kat KB; seorang ayah bawak anak pompuan dia yang sarat mengandung ke hospital naik motor tapi mereka berlanggar dan baby was ejected dari uterus; all died however innalillah; saya balik cuti masa tu; zaman handphone tak byk ade camera lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:54 AM | Show all posts
ipes2 replied at 31-12-2015 09:23 AM
Ingat tak beberapa tahun lepas ada kes yang lebih kurang ni la di atas jambatan sultan yahya petra ...

oh ya ke?..
saya tak berapa ingat..
innalillah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.247658 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list