|
Oke..harini even hari wilayah, aku kena kerja jugak...sabor je la. Boring2 kerja ni aku nak update sikit la thread yang dah jauh ke belakang ni ha...hahaha
Masa : area 1989-1990 (umur aku 5@6thn)
Mangsa : aku dan adik aku
Tempat : tepi pintu rumah aku
Suspek : Mr Hacks..
Sama macam cerita sebelum ni, aku cedok dari thread aku kat forum sebelah, tapi aku olah la ayat dia ye. Macam yang korang baca sebelum ni, aku dah pernah nampak kain atas pokok tu, dan since that time aku dah aware dah ada entiti yang scary time malam2 ni. Abah plak dah tau aku dah nampak benda tu, dia start la usik aku dengan lipatkan kelopak mata dia pastu sebut 'ha nun ta wau'..sungguh siot
Kali ni aku kena kat rumah aku, dah siap dah masa tu. Rumah aku tu betul2 depan rumah opah, ibarat baling batu pun boleh kena..maknanya dekat sangat la tu. Malam tu aku still ingat, 7.55malam, sebab mata aku tak habis2 dok tengok jam Kaabah kat dinding. Mak kat dapur masak bubur kacang hijau, adik aku dah ada masa tu, perempuan, aku dok henjut atas kerusi baring (tak tau la korang pernah tengok ke tak since sekarang aku dah tak jumpa dah kerusi macam ni). Sambil henjut/ buai adik tu, aku sembang2 la dengan mak.
Tetiba, gas abis..mak aku panggil la sepupu aku yang tinggal kat rumah opah aku tuh, macam aku cakap, dekat sangat so bole jerit camtu jek. Sepupu aku tu mak aku mintak la untuk beli gas kat kedai. Aku ni still la sembang2 dgn mak aku
Tak lama pastu, dah takde dah suara mak aku reply dari dapur...Ah sudah...aku pun tak sedap hati, aku gi la check kat dapur, takde dah mak aku kat situ. Aku try buka pintu, rupanya dah kene solex dari luar rumah..pokemon tol, rupanya mak aku dah bawa bubur kacang dia tu gi umah nenek aku, nk sambung masak kt sana sementara tunggu gas smpai. Aku xdpt kuar dh, pintu dh kena kunci..so, sekarang tinggal aku dan adik kecik aku 2 jela.
Ah..sudah..aku mula teringat kisah 1stime aku jumpa hantu dulu..mula la takut yg teramat sangat..mata mula dok tengok semua tingkap yngg ada kat rumah, sambil tangan dok buai adik aku..dia lak nangis...aku lak rasanya tak nangis lagi kot masa tuh..
Tiba2 mata aku terpandang pintu depan rumah aku. Rumah aku ni ada 2 pintu, 1 pintu dapur, yang mak aku keluar dan kunci tadi, 1 lagi pintu depan..atas pintu ni, ada 1 cermin warna hijau..dan kat situ la aku ternampak kepala pocong kt situ, siap dengan berikat lg..aku tersentak, terus terdiam..adik aku lak mukanya menghadap aku, so, dia nampak benda tu since membelakangkan dia..tapi dia pun tiba2 ikut terdiam jugak..aku pun ape lagi, terus tempik 'MAK, ADA BENDA KELUAR DARI TINGKAP!!!!' diiringi dengan hujan airmata yngg mencurah2..adik aku pun nangis sama gak..aku try baca al-fatihah, tapi ntah hape2 ayat yg kuar, memang tunggang langgang jadinya..yg pocong tu plak, dengar je aku jerit, terus hilang..huuuu
Mak datang dengan sepupu aku yang sorang lagi, perempuan. Aku bagitau la ada benda putih kat pintu depan, tapi mak dok pujuk yang aku salah nampak, dan tunjuk 1 bunga anyaman dari tali kat pintu tu, kononnya aku salah nampak la. Aku ni dah la takut, pastu orang tak caye pulak, aku paksa suruh bukak pintu depan tu sebab aku yakin dia ada kat situ, tapi diorang tak berani..ha...tau takut |
|