View: 2658|Reply: 10
|
15 Perkara JGN Buat di Tahun 2016 by Azizul Azli Ahmad
[Copy link]
|
|
Kegawatan ekonomi semasa mengajar kita supaya sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebaik mungkin ketika ekonomi negara dilihat semakin merudum. Mengikut pakar-pakar ekonomi, ekonomi dijangka akan mula gawat mulai tahun 2015 dan kini kesannya sudah mula dirasai semenjak kejatuhan teruk matawang Ringgit Malaysia pada tahun 2015.
Kesannya, harga barang mula naik dan beban hutang mula meningkat. Jadi apakah persiapan kita untuk menghadapi situasi ini jika kegawatan ekonomi semakin teruk? Pertama sekali, anda perlu elakkan dari melakukkan 15 perkara ini, dipetik dari Azizul Azli Ahmad :
1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.
3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.
4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.
7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.
11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.
12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.
13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.
14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.
15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...
Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
perkongsian yang berguna.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus perkongisian ni.. hopefully iols dpt mempraktikkan...setan durjana byk... pantang kaki nk ke mall jek... nmpk sale sale sale kaler merah terus hilang akal.. kekekkek aduiaii |
|
|
|
|
|
|
|
7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
kene tengok jugak ... rumah nak kene fill-up |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi berapa ramai yang sanggup ikut apa yg disarankan. Kebanyakan mentality masih nak biar papa asal bergaya masih gigih nak menunjuk dengan orang. Bila tak dapat atau kewangan makin buntu mula le sentap dah menyalahkan orang lain. Siap hasut mereka yang berkemampuan untuk jangan membeli, jangan melancong etc hanya kerana dia sudah tak mampu berbuat sedemikian diwaktu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
klau ada husband..mntk husband azankan...haha
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pe..perancangan tu pntg.. tgk katalog utk budgetkan brapa...br boleh sesuaikn brapa RM boleh kluarkn..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu ubah diri sendiri je kan.. Biarkn org lain.. Org lain x tlg kte masa susah or senang.. We decide what we want, what we do..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah ada uols.. berbuih mulut husband duk azan... hahahahah sian seben iols..
|
|
|
|
|
|
|
|
azizul azli ahmad ni sapa? x kenai pun. |
|
|
|
|
|
|
|
problem aku kalau masuk gaji je mesti gatal tgn nak ol shopping..opppss |
|
|
|
|
|
|
| |
|