CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3305|Reply: 0

EDISI PERKAHWINAN: 8 TIPS MERANCANG RESEPSI DI TEPI LAUT

[Copy link]
Post time 4-3-2016 07:02 PM | Show all posts |Read mode
EDISI PERKAHWINAN: 8 TIPS MERANCANG RESEPSI DI TEPI LAUT AFIQAH SYAMIN · FEBRUARY 29, 2016


Foto -burnettsboards.com
Sama ada anda berangan untuk membuat majlis hari bahagia di tepi pantai berdekatan mahupun yang terletak jauh nun di luar negara, ambil peluang ini untuk turut menenangkan diri serta relaks. Jangan terburu-buru sehingga semuanya menjadi kelam-kabut nanti.
Bak kata orang, perkahwinan ini bukannya boleh dibuat main. Semuanya perlu diambil serius, terutama sekali tentang hal-hal kerja kahwin yang mungkin melecehkan bagi sesetengah individu.
Merancang perkahwinan di tepi laut mempunyai cabarannya yang tersendiri, tidak mudah dan tidak senang. Jika anda tidak merancang dengan penuh teliti, ianya mungkin berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.
Oleh itu, Wanista ingin kongsikan bersama dengan anda berkenaan panduan merancang resepsi hari bahagia yang berlatarkan lautan biru.
Foto -weddingdaypin.com
#1 Memberi Yang Terbaik
Jika anda merancang perkahwinan di tepi laut, anda seharusnya ingat bahawa selepas matahari terbenam, kejernihan warna laut yang menawan itu pun turut akan kelam di dalam kegelapan. Melainkan jika terdapat cahaya rembulan yang menghiasi hening malam. Oleh itu, waktu malam bukanlah waktu yang sesuai untuk anda menjalankan majlis resepsi. Ianya kurang menarik bukan? Sebaiknya, lakukan ketika waktu pagi. Penataan cahaya untuk sesi rakaman gambar pun sudah tentu akan jadi lebih sempurna!
#2 Pencemaran Bunyi!
Tidak dinafikan, kawasan pantai di tepi laut bukanlah kawasan yang senyap sunyi. Terdapat pelbagai bunyi yang mungkin mengundang amarah anda nanti. Selain bunyi burung, bunyi ombak yang garang turut sama memecahkan kesunyian, dikhuatiri akan menggangu gugat kelancaran majlis resepsi anda.
Jadi, ambil kira untuk menyediakan satu ruangan khas seperti khemah atau kanopi yang bertutup agar pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan PA System bisa berlindung di sana.
Dalam masa yang sama, memandangkan cuaca pun sukar untuk diramalkan, apa kata anda sewa juga khemah atau kanopi yang bertutup sebagai “back up plan”. Buatnya tiba-tiba hujan turun atau kepanasan terik melanda secara tiba-tiba, adalah juga tempat untuk tetamu berlindung kan?
Foto -Google
#3 Menjadi Tarikan Umum
Lokasi penginapan di tepi pantai sering kali menjadi tempat kunjungan umum. Walaupun anda telah menyewa satu-satu kawasan di tepi pantai itu untuk menjalankan majlis resepsi, tidak bermakna anda akan bebas daripada gangguan.
Mungkin akan anda tetamu yang tidak diundang turut membanjiri majlis anda itu nanti. Jadi, sebelum apa-apa yang lebih tragis berlaku, minta tolong daripada pihak penginapan hotel atau resort untuk menyediakan pagar khas atau orang tertentu bagi mengawal perjalanan majlis anda supaya tidak dicerobohi orang luar.
Foto -thecelebrationsociety.com
#4 Pakai Persalinan Yang Menarik Perhatian
Tidak semua jenis fabrik dan rekaan baju pengantin yang dinukilkan khas untuk acara persandingan di tepi laut. Jadi, pilih persalinan yang sewajarnya.
Jangan takut untuk memakai warna-warna pastel selain warna putih kerana ianya juga kelihatan sempurna dipakai untuk majlis perkahwinan pantai.
#5 Perlukah Anda Memakai Kasut?
Ianya terpulang kepada anda untuk membuat keputusan sama ada mahu memakai kasut atau pun tidak. Jika anda tetap mahu memakai kasut, adalah lebih baik jika anda tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana meyukarkan anda untuk berjalan di atas permukaan pasir.
Jika anda masih mahu memakai kasut tumit tinggi juga, sediakan satu laluan khas yang menggunakan permukaan kayu ke pelamin anda.Tetapi pastikan laluan itu ditutupi dengan pasir pantai agar ia kelihatan natural seolah2 permukaan pasir pantai yang biasa.
Foto -coastallivingdailycatch
#6 Jenis Makanan
Makanan merupakan sesuatu yang penting dan wajib dalam majlis perkahwinan.  Sudah pasti setiap tetamu yang datang ingin menikmati makanan yang lazat dan enak.  Anda boleh mencuba sesuatu yang baru dengan menu makanan anda seperti hidangan yang lebih ringkas seperti makanan barat, barbeku, stik, salad dan makanan yang dipanggang.  Jangan dilupa pula dengan buah-buahan dan pencuci mulut yang bersesuaian.
#7 Muzik
Alunan lagu dan muzik mendayu-dayu pasti membuai suasana di majlis perkahwinan anda nanti.  Untuk membuatkan majlis anda lebih romantis pastikan anda memilih lagu yang bersesuaian untuk memberi perasaan yang menenangkan serta menyeronokkan buat tetamu yang hadir.  Ini penting untuk memastikan lagu dan muzik yang dipasang agar tidak terlalu kuat dan bising sehingga menganggu orang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.893079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list