CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14373|Reply: 16

Cara Santau Angin Dihantar

[Copy link]
Post time 22-3-2016 08:36 PM | Show all posts |Read mode



(*)Santau angin sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyediaan santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samada melalui X-ray mahupun ultrasound. Bahkan ada juga yang turut disantau menggunakan tuala wanita yang telah digunakan. Menakutkan bukan?

Antara Punca Santau Angin Dihantar :

(*)Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
(*)Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
(*)Membuang santau. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluarganya.
(*)Mencari rezeki melalui upah untuk mengenakan santau kepada seseorang.


Bahan Santau Angin:

(*)Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
(*)Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
(*)Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
(*)Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.


Tanda-Tanda Terkena Santau Angin:

(*)Batuk yang berlarutan, dan kadangkala batuk berdarah dan bernanah sehingga keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
(*)Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit itu menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
(*)Sakit sesak nafas terutamanya pada waktu Maghrib.
(*)Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
(*)Bawah matanya seperti lebam (Seperti orang tak cukup tidur).
(*)Lenguh seluruh anggota badan.
(*)Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
(*)Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
(*)Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
(*)Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
(*)Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
(*)Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
(*)Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.


Kesan Santau Angin:

Antara kesan-kesan santau angin terhadap mangsa adalah seperti berikut:

(*)Boleh membawa maut.
(*)Sekiranya hamil mungkin akan mengalami keguguran.
(*)Hilang daya ingatan.
(*)Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
(*)Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
(*)Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
(*)Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.


INFO EKSTRA:

Rawatan dan  Pencegahan Daripada Terkena Santau Angin

(*)Jika ada keluarga atau sahabat handai terkena santau angin, anda dinasihatkan untuk menguatkan ibadah dan bacaan Al-Quran. Sambil itu,minumlah air zam-zam yang telah dibacakan surah Yasin.
(*)Anda juga boleh mengamalkan bacaan Ayat Ruqyah bagi mengatasi masalah santau ini iaitu dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr ayat 21-24, 3 Qul, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Al-A`raff 118-122 dan Surah Toha ayat 69. Bacakan pada air untuk diminum atau diamalkan.
(*)Jika terkena santau,elakkan daripada makan benda-benda yang berminyak, masam, pedas, daging, dan melakukan kerja-kerja berat kerana ia akan membuatkan organ dalaman rosak dan menjadi penggalak kepada bisa-bisa santau dalam badan memakan organ-organ dalaman mangsa santau ini.


Kesimpulan

(*)Seharusnya anda jangan berputus asa untuk mengubati penyakit santau angin ini.Ingatlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyembuhkannya. Selain itu, sentiasa amalkan doa yang baik sebelum keluar rumah dan sebagainya. Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada kejahatan makhluk ciptaanNya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 12:14 PM | Show all posts
xde pon cara mcm mne dihantar....dlu nenek tiri aku pnah anto kt atuk ayh n abg aku sekaligus...cara die ialah lambai tgn (babai kt atok aku) mse atuk aku naik moto nk pi umah mak aku...gtu je..dasat org tua tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:55 PM | Show all posts
nicuya replied at 23-3-2016 12:14 PM
xde pon cara mcm mne dihantar....dlu nenek tiri aku pnah anto kt atuk ayh n abg aku sekaligus...cara ...

ape kes





Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 01:25 PM | Show all posts

tak pasti la plak...mak cakap pasal harta dan keluarga sblah nenek tiri tu nak waris..waris ape tu pon saya tak pasti. Keluarga nenek tiri tu (especially mak die) memang ada ilmu. yang pasti masa santau angin tu lah yang paling kritikal sebab ade ke santau laki sendiri(atuk) dan die punya target semua waris lelaki. sebab ayah ngan abg kena skali. Padahal atuk bukan orang kaya pon...tukang ajor ngaji je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 02:49 PM | Show all posts
kekadang balas dendam tujuan untuk memuaskan hati sendiri  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 04:36 PM | Show all posts
nicuya replied at 23-3-2016 12:14 PM
xde pon cara mcm mne dihantar....dlu nenek tiri aku pnah anto kt atuk ayh n abg aku sekaligus...cara ...

atuk dah sembuh?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2016 04:55 PM | Show all posts
ada yg simpan di kuku

bila nak tuju tu dia akan jentikkan hujung kuku tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 05:02 PM | Show all posts
catalina replied at 23-3-2016 04:55 PM
ada yg simpan di kuku

bila nak tuju tu dia akan jentikkan hujung kuku tu

kau pernah dengar yang ni. depa main jentik dari kuku je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 05:24 PM | Show all posts
citer ni datang dari pengamal santau yang pernah mengubat arwah bapak akak

dah meninggal dah rasanya orang tua tu...



dia kata org yg ada ilmu santau ni kena 'tuju' santau at least sekali dalam setahun

kalau tidak santau akan memakan diri

kata dia lagi orang yang ada ilmu santau ni akhirnya akan tinggal sendirian

anak isteri akan tinggalkan atau mati sebelum dirinya

wallahualam. tapi citer dia sama mcm yg artikel atas tu tulis kan...klu tak dituju akan memakan diri snd....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 05:29 PM | Show all posts
orang kata kalau sesapa yang penah santau ni badan dia jadi kurus sahaja

tak mau jadi gumuk2...makan laa banyak camner pon...

mungkin secara kebetulan ler kan...

majoriti yang akak jumpa pesakit santau ni pon mmg derang kurus2 saja x penah

bam2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nicuya replied at 23-3-2016 01:25 PM
tak pasti la plak...mak cakap pasal harta dan keluarga sblah nenek tiri tu nak waris..waris ape tu ...

Scary nyeeee.  Mtk jauh laa bnde2 gini nak2 santau ni ...naya nti..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 08:28 AM | Show all posts

mak citer lepas kena tu kebetulan ada hamba Allah datang kampung maybe melawat sedara dia...dia la yang volunteer nak tolong sebab die nampak ada something wrong kat family kami...atuk ayah abg semua sembuh tapi malang ntuk hamba Allah yang tolong tadi...sebab lepas die rawat tu tak lama lepas tu die meninggal...tapi xtau kne mengena ke tak atau kebetulan je..citer ni dh lama sebelum saya lahir...atuk pon dh xde..kakak2 la suka citer sebab depa suka melawak pasal nenek tiri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 08:30 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 23-3-2016 09:06 PM
Scary nyeeee.  Mtk jauh laa bnde2 gini nak2 santau ni ...naya nti..

kan...masa first time dengor citer ni macam tak sangka plak sy ada family tiri.....jenis yang macam tu plak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nicuya replied at 24-3-2016 08:30 AM
kan...masa first time dengor citer ni macam tak sangka plak sy ada family tiri.....jenis yang ...

Kalau santau ni kan,boleh kena jgk x if kite ada ilmu kebal atau ilmu pelindung diri?tbe2 terfikir...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:31 PM | Show all posts
amalkan tiga Qul.. tapi depends ler.. yakin tak yakin je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:15 PM | Show all posts
seorang perawat pernah beritahu saya,
santau angin/tuju>>senang nak ubat
tapi kalau terkena santau melalui makanan>>>sukar dirawat, kerana ianya sudah menjadi darah daging
jadi kalau nak makan kat restoran atau mana2 kedai kat luar atau makanan yang diberi kepada kita,
elok baca
bismillahillazi laayadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i wahuwa sami'ul alim
sebanyak 3 kali sebelum makan, pastu doa dalam hati supaya dijauhi santau dan sihir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dendam yang bahaye tuu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.281299 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list