CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2863|Reply: 8

Panama Papers: Perdana Menteri Iceland Letak Jawatan

[Copy link]
Post time 6-4-2016 08:56 AM | Show all posts |Read mode



sumber foto: https://geirgigja.files.wordpress.com



Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson meletakkan jawatannya susulan kontroversi pendedahan dokumen Panama Papers mengenai rahsia kekayaan luar pesisir pantai oleh ahli politik dan selebriti.




Dokumen itu mendedahkan perdana menteri berusia 41 tahun itu bersama isterinya mempunyai pelaburan di Kepulauan British Virgin, termasuk hutang di tiga bank Iceland.




Susulan itu, rakyat Iceland menyuarakan kemarahan mereka di atas dakwaan tindakan mahu mengelakkan dikenakan cukai itu, menerusi demonstrasi jalanan.





Pada Ahad sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.




Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu, mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.




Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.- CARI Infonet




sumber berita : www.astroawani.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bibir pink bila lgi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 12:22 PM | Show all posts
tak boleh lawan lah dgn kita punya.....buat dek je walaupun duit berbillion, toksah  haraplah nak berhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:24 PM | Show all posts
Malaysia Bolehland..
letak jawatan..
tunggu kucing bertanduk leee

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:55 PM | Show all posts
tak sungguh orang tk kata, dah bersungguh for sure masuk paper...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 05:24 PM | Show all posts
bagus PM ni..

tak mcm PM kt negara pasir berdengung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2016 06:20 PM | Show all posts
Masih ada jugak yang sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:21 AM | Show all posts
Dia ni muslim ka x..hanya org muslim jah tahu apa itu halal haram...ada sorang muslim tu kann dia kannn kulit kannn tebai sungguh..acah2 kalis neraka gitu...

kita kerja bagai nak cirit byr tax merata2..takut kena odit borang cukai lagi segala resit mak nenek jenuh simpan...depa sedap2 elak byr cukai..mau x hangenn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 09:31 AM | Show all posts
PM negara Burkina Faso untouchable. Mereput dulu la korang korang nak tunggu dia kena macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.309771 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list