CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2689|Reply: 2

'Pukau' Suami Yang Jenis 'Anak Mak'..

[Copy link]
Post time 15-4-2016 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO








Kalau suami yang jenis anak emak maka dia harus bijak kawal keadaan. Ingat, anda sudah punya keluarga. Masih ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.




Jadi, pandai-pandailah bahagikan masa. Jangan sikit-sikit rujuk pada emak sedangkan boleh sahaja berbincang dengan isteri yang sememangnya sentiasa berada di sisi. Jika emak suruh pulang ke kampung setiap minggu, fikir dahulu sebelum buat keputusan.








Sebenarnya, masalah sebegini masih boleh diatasi. Jangan terlampau menekan diri hingga sakit dan makan hati. Sama ada suami atau isteri, anda seharusnya perlu cari masa yang sesuai untuk berbincang. Berkomunikasilah dengan baik supaya tiada jiwa yang tersinggung.




Sebagai anak emak, anda mesti tahu apa yang menjadi kesukaannya, gunakan ‘taktik’ ini untuk menyejukkan perasaannya.




Antara tips yang boleh diguna pakai ialah :






1. Kenali ibu mentua
Turunkan ilmu kepada pasangan mengenai apa sahaja yang menjadi kesukaan ibunya. Cara ini memudahkan anda untuk mendapat ‘kemenangan’ apabila ibu membuat permintaan.






2. Berusahalah untuk fahamkan pasangan
Cuba fahamkan pasangan betapa eratnya hubungan anda dengan ibu. Ingat, gunakan kaedah perbincangan dan bukannya paksaan.





3. Ingatkan ibu mentua tentang status anaknya
Sekali-sekala ingatkan ibu bahawa anda sudah berkeluarga. Kerana itu, bukan setiap masa anda boleh luangkan masa dengannya. Lagipun, ada ketika ibu seakan terlupa bahawa anaknya sudah berumah tangga.






4. Tingkatkan keyakinan ibu mentua
Kadangkala, ibu merasa kehilangan setelah anaknya mendirikan rumah tangga. Sebab itulah dia gemar campur tangan dalam perkahwinan lantaran bimbang pasangan anaknya tidak mampu mengambil alih tanggungjawab. Justeru, tunjukkan kemampuan anda dalam mengendalikan rumah tangga. Yakinkan pada ibu mentua bahawasanya anda sudah benar-benar bersedia untuk menjaga anak kesayangannya.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 07:19 PM | Show all posts
suami jenis anak mak?

just  that - make sure wise, smart and tahu timbag benda and be a good decision maker and have a sense of good judgement tapi kalau tak ada ni dok still ada childish behaviour, tak tahu timbang , dok ikut cakap mak - untuk benda yg meruntuhkan masjid  - well dont get married. because? u seksa hidup anak prg lain yg ibu bapa dia didik dengan elok.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Just be ur self sudah....melebih2 karang x kemana pun....ko ank mak..aku ank ayah x kira plak mcm mana...huhuhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 1.792770 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list