CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3102|Reply: 4

Jejak sampel DNA Hang Tuah

[Copy link]
Post time 20-4-2016 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 20-4-2016 02:22 PM

Jejak sampel DNA Hang Tuah
Kuala Lumpur: Pasukan pengkaji sejarah Hang Tuah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengambil sampel ujian asid deksiribonukleik (DNA) di setiap kubur yang dikenal pasti milik pahlawan terbabit untuk memperoleh bukti sahih kewujudan pahlawan Melayu itu.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bukti DNA berkenaan akan dipadankan dengan waris Hang Tuah yang dipercayai berada di Bintan, Indonesia dan Singapura ketika ini.
Beliau berkata, bukti berkenaan penting dalam mengukuhkan lagi kewujudan Hang Tuah adalah benar dan bukan hanya cerita dongeng masyarakat Melayu semata-mata.
“Pengkaji sejarah berminat meneruskan kajian berkaitan DNA Hang Tuah dengan mengambil sampel tulang di kubur yang didakwa milik pahlawan itu di Bintan dan Palembang, Indonesia selain Tanjung Kling, Melaka.
“Bukti berkenaan akan dilaksanakan oleh pasukan pengkaji sejarah dari UPM dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbincangan Meja Bulat Kedudukan Hang Tuah Dalam Sejarah Tamadun Melayu, di sini, semalam.
Perbincangan itu dihadiri pensyarah institusi pengajian tinggi awam, ahli sejarah, pengkaji sejarah dan badan bukan kerajaan termasuk Penyelidik dan Karyawan Tamu dari Universiti Malaya Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam dan Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Prof Emeritus Dr Hashim Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin yang sering membentangkan kajian masing-masing mengenai pahlawan itu.
Sementara itu, ahli akademik sebulat suara bersetuju Laksamana Hang Tuah wujud sebagai pahlawan dan tokoh masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ahmad Sarji berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dalam mencari kesepakatan berkaitan kewujudan Hang Tuah.
Katanya, walaupun ada percanggahan merangkumi kewujudan individu bergelar Hang Tuah, sebutan nama dan ketokohan pahlawan yang wujud pada kurun ke-14 itu, namun tiada perbezaan dalam sejarah fakta yang sudah ditulis dalam Hikayat Hang Tuah serta manuskrip di seluruh negara.
“Hang Tuah adalah lambang masyarakat Melayu dan sudah terpahat dalam hati kita sejak dahulu lagi, malah sejarah berkaitan pahlawan itu terus diperturunkan zaman ke zaman.
“Kebanyakan fakta sejarah menceritakan perkara sama mengenai pahlawan itu, cuma ada perbezaan mengenai perkataan Tuah, Tawha atau Toh, namun ahli akademik lain sepakat mengakui kewujudan laksamana itu,” katanya.





Ahmad Sarji (dua dari kiri) mempengerusikan persidangan meja bulat ‘Hang Tuah Dalam Sejarah Tamadun Melayu’ di Bangunan PNB Jalan Ampang.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 04:31 PM | Show all posts
Eloklah tu dibuat kajian saintifik untuk bukti2 empirikal selain daripada bersumberkan buku sulalatus salatin dan hikayat hang tuah.

Juga dibuat silang rujukan daripada lain2 sumber daripada lain2 bangsa yg membuktikan kewujudan tokoh berkenaan.Sebenarnya kalau tak silap ada jumpa bukti daripada sumber jepun dan itali tak lama dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 03:10 PM | Show all posts
Jejaklah sampel Hang Jebat yg berani kerana benar tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 05:17 PM | Show all posts
mcm2 versi da baca...last year pesta buku kt pwtc ade yg claim die keturunan hang tuah...siap tunjuk bukti2 lg...siap ckp taming sari ade ke die...tup2 baru2 ni baca ckp taming sari ade kt perak...ermmm....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:39 PM | Show all posts
i yakin hang tuah 5 bersaudara tu panglima china yg ditugaskan
mengiringi hang lipo ke melaka.
semoga hasil DNA nanti bakal mengubah istilah 'bumiputra' dpt
membuka mentaliti segelintir ultra-melayu tentang ketuatnan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067633 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list