View: 2873|Reply: 2
|
Penemuan Relau Besi Bukti Wujud Laluan Penarikan Kedah Tua Ke Teluk Siam
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR, 25 April - Penemuan beberapa relau besi di Bukit Selambau, Kulim minggu lalu, membuktikan kewujudan laluan penarikan yang digunakan sebagai laluan perdagangan melalui darat dari Kedah Tua ke Teluk Siam, di sepanjang Sungai Muda, kemungkinan pada abad keenam sebelum Masihi
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata, penemuan relau di kawasan kelapa sawit itu melengkapkan turutan laluan penarikan dengan penemuan relau di Kampung Gading, Jeniang beberapa tahun dahulu, kira-kira 40 kilometer dari Kedah Tua dan di Sik
Laluan itu berkemungkinan digunakan oleh pedagang pada ketika itu yang tidak mahu mengikuti jalan laut, bagi membawa barang dagangan antaranya besi yang telah dileburkan, manakala barang-barang dagangan katanya dipercayai ditarik menggunakan gajah
"Kemungkinan pedagang menggunakan laluan ini sebagai laluan alternatif apabila jalan laut sukar digunakan. Dahulu misalnya pedagang yang hendak belayar akan bergantung pada angin dan musim. Sekiranya musim tidak sesuai, mereka akan gunakan laluan darat
"Penemuan ini memecahkan satu benda yang kita tunggu-tunggu selama ini, iaitu satu laluan perdagangan pertama kali dijumpai dengan mata kasar. Dulu kita baca buku sejarah saja. Ia merupakan salah satu kajian pada masa hadapan," katanya baru-baru ini
Mokhtar berkata, bagaimanapun proses ekskavasi masih belum dijalankan dan masih dalam proses pemetaan
"Ianya masih dalam tanah lagi, kita jumpa bahagian atas sahaja. Jadi bentuknya kita tidak tahu lagi. Berdasarkan apa yang kita jumpa di Sik dan Jeniang ia mungkin sama. Penemuan ini menguatkan lagi bukti bahawa Kedah Tua sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara," katanya
Sejak 2009, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terletak berhampiran Sungai Petani itu telah membuat beberapa penemuan penting yang menunjukkan tamadun di Sungai Batu itu telah wujud kira-kira 2,600 tahun dahulu
Satu daripada penemuan terpentingnya adalah monumen ritual ibadat berbentuk bulatan di dasar dan binaan segi empat di atasnya, yang mempunyai ukuran yang amat tepat dan telah disahkan berusia 1,900 tahun atau dibina pada tahun 110 Masihi
Pengkaji turut menemui banyak tinggalan relau-relau besi yang membuktikan Kedah Tua ketika zaman keagungannya merupakan pusat peleburan besi terunggul di Asia Tenggara, lengkap dengan kemudahan pelabuhan dan perdagangan
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ade ye denai penarikan
i ingat dulu dalam buku teks form 1 sejarah ada denai penarikan sg serting dari situ boleh tarik sampai ke sg pahang ke ape ke... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam buku teks dipanggil jalan penarikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|