View: 8345|Reply: 111
|
[Tempatan]
Duduk di bandar, gaji RM3,800 memang tak cukup. Lagi-lagi ekonomi zaman PH, pemi
[Copy link]
|
|
Gaji RM3,800 sebulan tidak cukup tampung kehidupan di bandar
19 Ogos 2019
SHAH ALAM - Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan di bandar menyebabkan masalah kemiskinan semakin membimbangkan.
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kajian mendapati sebahagian orang yang berhadapan dengan masalah kemiskinan bandar ialah mereka yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).
“Masalah ini melibatkan dua faktor utama iaitu pendapatan yang rendah dan tahap pendidikan. Majoriti daripada mereka hanya mempunyai pendidikan peringkat menengah ke bawah dan mereka cuma bekerja dalam kategori perkeranian dan pentadbiran atau pekerjaan biasa sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mohamad Fazli menjelaskan, jika kemiskinan bandar tidak ditangani dengan baik, dibimbangi ia akan menimbulkan masalah sosial dalam komuniti setempat seperti dadah, vandalisme, buli dan keciciran dalam pendidikan.
“Kesempitan hidup menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menampung kehidupan mereka sehingga anak-anak mereka terabai dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. “Ini menyebabkan timbul masalah-masalah lain dan akhirnya menyebabkan gejala kemiskinan bandar menjadi satu kitaran masalah yang tidak berkesudahan apabila kemiskinan itu diwariskan kepada anak-anak,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Mohamad Fazli berkata, ada dalam kalangan mereka tidak mahu mengubah sikap sebaliknya terlalu mengharap kepada bantuan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, ada yang juga yang tidak pandai untuk menguruskan kewangan dengan baik sehingga mereka gagal untuk mengurus kehidupan mereka di bandar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pendidikan adalah satu kaedah terbaik untuk mengatasi masalah itu selain memastikan bantuan kerajaan dapat diagihkan dengan lebih baik dan adil.
“Pertama, kita perlu lihat semula agihan bantuan kerana ada yang mengeluh tidak dapat bantuan dan kedua, tiada cara lain selain menerusi pendidikan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp x cukup.. ambil yg perlu buang yg x perlu cam astro |
|
|
|
|
|
|
|
cukup tapi buatnya keta rosak tu ini smua kena byr cash
otak kena ligat la tampung sana sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu acah2 urban gak sbuk ckp gaji rm3600 ni ckup. Huhu, pastu ckp knp cina bole gaji mahal. Haha. Kelakar melayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu acah2 urban gak sbuk ckp gaji rm3600 ni ckup. Huhu, pastu ckp knp cina bole gaji mahal. Haha. Kelakar melayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
ASTRO sebenarnya tak perlu
berapa ramai yg langgan yg ada masa tgk channel?
rata2 rasanya layan hp ja |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah meols yg bergaji 2700 ni ok je ckup. takde mewah tp syukur la ape ade. tak penah lg tak mkn setakat ni. pokok pangkal nya kamu harus pndai berbelanja yaaa |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya gaji dia..mintak sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbelanja cara terikut2 dengan cara hidup orang bukan dengan kemampuan diri sendiri gaji banyak mana pun belum tentu cukup |
|
|
|
|
|
|
|
byk ke? tolak umh, taska anak tgal bape sen je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut cara berbelanja la kot
Tapi mmg org dok kg sgt untung lah
Balas tanah bapak free buat banglo
Dah jimat kos
Pastu anak2 p lempar umah orgtua jaga free
Makan minum free pau duit orgtua juga
Mmg best hidup
Yg kat bandar ni la berhempas pulas
Bagi duit kt orgtua tp orgtua buat bela menantu2 biawak parasit
Elok la sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh Timbalan Dekan ni.... Sejak pakatan semburit ni memerintah rakyat dah kaya raya...tol pun dah mansuh, ptptn x pyh byr |
|
|
|
|
|
|
|
ade husband tlg2 sm of kos lah 2.7k ape de hal
kita yg solo molo ni struggle tau
|
|
|
|
|
|
|
|
husb pn gaji kecik je
|
|
|
|
|
|
|
|
still...bila dh bergabung tu MALATOPS!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak la tu...kalo simpan boleh gi holiday..setahun sekali cukup dah
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau laki jenis tahu tangungjawab
kawan iols baru ni gugurkan kandungan laki sheols tak tau
dia cakap laki tak pernah bagi nafkah zahir cuma bagi nafkah konet je
so dia rasa baik tak payah tambah anak lagi
gaji sheols 3k sajok tak cukup nak tampung hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam iols bukak radio, dengar ustaz ni dok puji 1 family ni di zaman sekarang, bapaknya gaji RM850, wife tak kerja, anak 6 orang. Serba cukup makan minum, mampu sekolahkan anak etc. Tak pernah meminjam orang, takde hutang. Kerana rezeki bapak itu berkat... apakah ustaz tu berdusta? |
|
|
|
|
|
|
|
Makan 1 kali sehari kut. Itu sebab jadi cukup.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|