View: 7493|Reply: 10
|
Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain - by Afareez Abd Razak
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by thatsourmia at 7-10-2009 22:33
ada sapa-sapa pernah baca buku ni?
nak tanya pendapat. aku macam dah minat bab-bab sejarah, islam, arkeologi..
tapi jarang dapat baca, baru nak start membeli dan membaca.
aku ada terbaca kat satu blog, ulasan pasal buku ni.
Ulasan oleh sdr. Azli dalam http://slurpi79.blogspot.com/]blognya.
Baru habis baca buku mengenai Iskandar Zulkarnain. Tajuk aje dah semacam."Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain". Dari muda lagi aku baca mengenai Raja Iskandar @ Alexander (yelah coz nick aku Azli Iskandar - tu yang timbul minat tu), punyalah syok sebab ingat Iskandar ni adalah raja yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Kahfi. Rerupanya, bukan baginda yang dimaksudkan.
Malah Raja Iskandar dicop sebagai seorang raja yang zalim kerana terlalu banyak menumpahkan darah manusia dalam setiap perang yang dilancarkan dalam misi menawan seluruh kerajaan dalam dunia ini.
Zulkarnain yang dimaksudkan adalah Raja Kurush (Cyrus the Great), adalah raja yang dimaksudkan, yang menawan kerajaan Babylon tanpa pembunuhan, membina tembok penghalang daripada serangan Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog - yang dikisahkanakan memusnahkan dunia ini bila kiamat berlaku) dan yang menguasai kerajaan Timur dan Barat 4ooo tahun dahulu. Bagindalah raja segala manusia selepas Raja (Nabi) Sulaiman dan yang menguasai sebesar kerajaan. Baginda juga adalah seorang raja yang beriman kepada Allah (berbanding Raja Iskandar yang menganut pegangan Yunani - pemuja dewa) sehingga menghasilkan Skroll yang paling bernilai iaitu Cyrus Cylinder.
Sejarah tidak pernah berdusta mengenai apa yang telah berlaku. Satu fakta yang amat memeranjatkan yang disebut diakhir buku ini adalah mengenai kedudukan raja-raja Melayu dari susur galurnya yang dikatakan berasal dari turunnya dewa di Bukit Siguntang...sangat memeranjatkan.
Buku ini ditulis oleh Afareez Abd Razak, seorang pensyarah Universiti Malaya. Malah karya ini didokumenasikan dalam bentuk filem dokumentari yang disiarkan oleh Astro Oasis. Sangat mengujakan bila telah lama tidak membaca buku-buku bersifat seperti ini.
Wassalam
Ikhlas - http://slurpi79.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
musti best kn buku nih?mane nk dapat nih? |
|
|
|
|
|
|
|
2# imsonaif
ada kat kedai buku-buku agama. 1st aku nampak dulu kat kedai Minerva jalan Tar, tp tak cukup duit, tak dapat nak beli.
harga dia kalau tak silap rm30-40. tebal jugak.
eh ataupun salah. aku dah lupa. sorry |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada buku nie.
Pada saya buku ni ok.Penerangan dia pun senang nak paham.Yelah kadang2 buku sejarah/ilmiah ni aras bahasa yang diguna agak tinggi dan agak susah nak paham.Terutamanya orang macam saya nie,yang baru nak mula baca buku bercorak macam nie.Tapi buku ni ok la,saya habiskan dalam masa 2 hari jer.
Highly Recommended
tapi harga lupa lak,rasa tak sampai rm20. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah baca buku ini, yg dikarang penulis skrip & penyelidik utk Dokumentari Astro OASIS, Alexander Bukan Zulqarnain.
Byk membuka mata kita ttg siapa Zulqarnain Qurani (Zulqarnain dlm Al-Quran) berbanding Iskandar Zulqarnain / Iskandar Yg Agung (Alexander the Great).
Yg bagusnya ada juga kisah susur galur Nabi2 Allah yg hidup sebelum zaman Raja Cyrus the Great (Kurush yg Agung).
Penuh dgn fakta-fakta sejarah & bukan mitos / hikayat. Mencabar pemahaman kita yg selama ini mengaitkan Alexander sbg Zulqarnain Qurani. |
|
|
|
|
|
|
|
beli masa book fair dlu..dh bc 3/4 buku...aku lemah sket bila bc buku sejarah ni..tu yg lmbat sket..
neway buku ni membuka minda sbb selama ini aku telah difahamkan iskandar zulkarnain adalah org sama tp bila bc buku ni barulah aku tahu iskandar dan zulkarnain adalah 2 org yg berbeza.selain itu jgk buku ini jgk menceritakan susur galur nabi-nabi.
bahasa yg digunakan dlm buku ini sgt ringkas dan mudah difahami sesuai lah tuk org2 yg xtidak mengemari sejarah seperti aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah beli. Dh baca...tp xsempat habiskan sebab baca buku lain plak.
Beli masa pesta buku kat KLCC. Harga tercetak RM17.90, tp aku dpt RM14 je, sebab ada diskaun.
Bahasa sgt mudah difahami berbanding beberapa buku ilmiah yg lain. Tp fokus skrg bc pasal Dajjal..heh!
Highly recommended! sgt bagus utk membongkar rahsia siapakah Lelaki Misteri yg disebutkan dalam Al-Quran ini. |
|
|
|
|
|
|
|
saye pun da beli ..
buku ni sedap...
siap ade gambar lagi...
bestla...
tuan rumah..cube la bace... |
|
|
|
|
|
|
|
mengingatkan akak buku yg dah beli tp blom sempat baca lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
bgmane pula sanggahan yg mengatakn iskandar itu adelh zulkarnain, mllui pnulisan buku
'alexander adelah zulkrnain'- pnulis dr indon. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|