View: 154257|Reply: 3065
|
Edisi ABPBH 3.0 : Sudah katup. Update winners di #1
[Copy link]
|
|
Edited by katibism at 15-5-2017 12:43 AM
ABPBH 3.0 kembali dengan tema futuristik
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/abpbh-logo.jpg.transformed_1.jpg)
KUALA LUMPUR: Anugerah berprestij pilihan peminat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali dengan edisi ke-30, ABPBH 3.0 bertemakan futuristik. Meraikan tiga dekad ABPBH, tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia. Elemen futuristik dalam bidang seni merujuk kepada karya dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.
Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 3.0, Datuk Mahfar Ali berkata, ABPBH adalah satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia. "Sesuai dengan kematangan ABPBH yang menginjak usia 30 tahun, tema futuristik dilihat mampu mendekati kelompok peminat baharu melalui penyebaran maklumat menerusi media sosial. "Sebagai akhbar 'Merentas Generasi', BH bersemangat untuk menganjurkan ABPBH 3.0 yang sentiasa dinanti-nantikan peminat seni hiburan tanah air," katanya. Mahfar berkata, pada ABPBH 29 tahun lalu, acara yang disiarkan secara langsung oleh TV3 itu mencatat jumlah tontonan tertinggi sebanyak 5.5 juta.
"Siaran langsung atas talian mencatat 61,000 penonton dan laman sesawang ABPBH pula merekodkan 1,490,000 audiens. "Hashtag #abpbh29 juga digunakan dalam lebih 59,000 tweet di seluruh dunia," katanya. ABPBH 3.0 menampilkan konsep berbeza sesuai dengan kematangan dan keutuhan akhbar BH yang bakal meraikan ulang tahun ke-60, Julai depan. Konsep futuristik akan diinterpretasi melalui setiap aktiviti promosi dan publisiti ABPBH 3.0. Usaha ini akan merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan platform digital utama. Acara utama sudah pasti malam kemuncak ABPBH 3.0 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei depan.
Mahfar berkata, BH yakin ABPBH terus relevan sebagai pengukur prestasi penggiat seni, selaras dengan evolusi berita dan kandungan BH yang sentiasa mengutamakan produk yang segar dan menarik perhatian pembaca muda. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 3.0 yang juga Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, ABPBH dianjurkan bagi memberi pengiktirafan bukan saja kepada penggiat seni tanah air, malah memberi peluang kepada pembaca memilih artis pujaan melalui undian secara online. Shamshul Azree berkata, penganjur mengubah kaedah pengundian yang dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April sehingga 30 April depan. Tiada bayaran dikenakan untuk undian yang dibuat.
Update Pemenang:
Artis Baharu Lelaki Popular :
Khai Bahar
Artis Baharu Wanita Popular :
Sweet Qismina
Pelakon Filem Lelaki Popular
Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular
Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular
Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular
Janna Nick
Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular
Siti Nordiana
Artis Kolaborasi Kumpulan/Duo Popular
Akim & The Majistret
Artis Komedi Popular
Zizan Razak
Artis Versatil Popular
Ifa Raziah
Pengacara TV Popular
Neelofa
Penyampai Radio Popular
Radin Era
Gandingan Serasi Drama
Neelofa - Fattah Amin (SHMP)
Gandingan Serasi Filem
Syamsul-Nabila (Munafik)
Personaliti Media Sosial
Makhlok Macho
Artis Berpengaruh di Laman Sosial
Neelofa
Artis Sensasi
Fattah Amin
BPP :FATTAH AMIN
Alif Satar, Neelofa - 5, Zizan Razak, Ayda Jebat - 4, Fattah Amin - 3, Fazura, Mira Filzah, Aiman Tino, Johan, Erra fazira, Nana, Wany Hasrita - 2
Persembahan: Search-Haiza, Lina Pom pom-Ayda jebat, Khai bahar-Tajul -Usop mentor, Mawi-Syamsul-Altimet & Kak Ani serta Tokti |
|
|
|
|
|
|
|
So gosipnya...boleh lawan Top AME 2017 ke idok? Top 5 AME nampak relevan jugoks ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah pemenangnya hajah garit/kayu sepatah takde value dah award ni |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya patah amon boleh menang besar... |
|
|
|
|
|
|
|
pencalonan AME 90% talent bawah Astro sendiri, at least, ABP ni semua pencalonan awal setiap radio, stesen tv pun ado .. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
So... kalau nak undi pasni takyah beli newspaper lah eh. Undi secara online je. |
|
|
|
|
|
|
|
pemenang dah tau dah
so bule terus bagi anugerah bintang paling popular awal2 majlis ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Say no to lofake..bleb??![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Say no to lofake..bleb??![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk sape menang, tgk berapa byk thread org tu ada kt cari ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
baru je meols menyeru nyeru mana ABPBH kali ni....sekalii nah diaaa...muncull kembalii... hahaaaa
makanya bila pulak anugerah seput (siput) 2016 sprt yg dicanang canangkan di awal tahun hari tu ... hahaaaa...![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
lambat abp thn nie.. slalo bln 4 dh bt.. nie bln 4 baru nak undi..
kalo dh 30thn tp msh ditakuk yg sama hentikan sje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemenangnya mengarut sgt. Popular bukan sbb lakonan/nyanyian/pengacaraan. Tp sbb gosip2 murahan/undi diri sndr/ lepastu tnpa segan silu bangga mendapat award ibarat mmg betol2 popular. Hakikatny, kalau jalan sebelah2 ramai aje rakyat msia xknal. |
|
|
|
|
|
|
|
jemahjacjon replied at 31-3-2017 04:27 PM
Pemenangnya mengarut sgt. Popular bukan sbb lakonan/nyanyian/pengacaraan. Tp sbb gosip2 murahan/undi ...
Sbb tu abpbh kena pilih sendiri top 5 berdasarkan pencapaian dalam karier seni mereka, pilih bdasarkan merit penjualan album or single, rating drama or kutipan filem, persembahan memukau dalam lakonan dan nyanyian live and terus letak top 5. Tp dh voting online ni kira dh maju jgk laa. So xdelah yg ada BBNU fan club jer yg bermatian2 fangkah paper |
|
|
|
|
|
|
|
Online 5 kategori je
"Shamshul Azree berkata, lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi juga diperkenalkan bagi menambah kemeriahan ABPBH 3.0"
So pemenang mmg sapa yg sanggup borong paper gak la kekdahnya ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah undi online ni , maka iols mmg tau la sape pemenang2 nya.
memang tak la nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa masKot tahun ni? Meols cadangkan lady didie yach! |
|
|
|
|
|
|
|
So lofake.. sorry yach.. tahun lepas u boleh beli surat khabar baper puluh ribu nak menang.. hangkut sekali si tini kepam n along tu pegi vote.. online kali ni jgn berangan yach.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah 1 MyKad No 1 vote ??
Kalau ya, ada fan club yg boleh guna semula database yg ada sekali MyKad No
Buat syif sekali untuk data entry
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg totally on9 vote?bagus![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|