|
Edited by KILL_NANCY at 8-9-2018 10:01 PM
" Siapa yang dapat membuktikan Onomichi Fm ada menyiarkan lagu Hikaru Utada akan dibayar 1 juta Yen. Oleh itu, saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat..........."
Pelaras saluran pada radio buruk itu dipusing perlahan-lahan, saluran radio tadi sudah bertukar. Lagu Kojo no Tsuki atau The Moon over the Ruined Castle yang terkenal berkumandang di segenap ruang kapal kargo itu. Rentaknya yang disusun oleh Rentaro Taki semasa zaman Meiji dari feudal Jepun diilhamkan oleh peristiwa runtuhan Istana Oka manakala liriknya ditulis oleh Bansui Doi, terinspirasi daripada runtuhan Istana Aoba dan Istana Aizuwakamatsu. Rima lagu rakyat itu beralun.
Bos Sumiyoshi berjuntai kaki duduk di atas papan palet yang tersusun bertingkat di atas kapal itu. Cerutu yang diisi tembakau Kizami disedut dalam-dalam lalu dihembus ke jumantara di pelabuhan Funagawa. Ketua Yakuza itu, melepaskan sedikit butang jaketnya maka terlihat tatu atau irezumi berwarna-warni berbentuk bunga-bunga ceri melintang dadanya.
Bos Sumiyoshi mengambil sepucuk pistol yang tersisip di pinggangnya lalu dicampakkan di hadapan Haruka. Sepucuk pistol automatik Glock-19 buatan Austria, di mana magazinnya mampu menampung kapasiti 19 kartrij pada sesuatu masa, beratnya hanya 670g, saiz amunisi sebesar 9x19 dan pemacu jaraknya mempunyai capaian 70mm, sudah cukup untuk susuk pengkhianat dalam organisasinya berasa gerun.
Haruka membongkok, lalu dicapainya pistol itu. Pandangannya terarah pada seorang wanita yang sedang berteleku di hadapannya. Wanita itu dibogelkan separuh, yang tinggal hanyalah palazzo yang menutup bahagian bawahnya, mukanya penuh dengan kesan biru lebam yang dilindung sedikit oleh rambut nan kusut-mangsai. Dilihatnya jari-jemari di tangan kidal wanita itu sudah kudung separuh, tangannya pepak dengan darah yang masih segar. Wanita itu teresak-esak semenjak tadi, matanya berkaca memandang Haruka yang pegun berdiri. Bahasa tubuhnya itu membawa perihal rayu simpati. Rayuannya tidak diambil pusing oleh Bos Sumiyoshi, bena tak bena sahaja gayanya.
" Haruka-san, lihat parasit di depan kau, bodoh tak bermaya! Macam mana anjing polis ini boleh menerobos dalam Boryokudan? Cukup lama berada bersama kita? Bunuh dia, jangan berlengah waktu! ", Bos Sumiyoshi tenang bertutur, kaki yang terjuntai diturun ke lantai, dibuangnya baki cerutu itu ke kakinya, lalu digesek-gesek cerutu itu sehingga hilang bara dengan but hitam berkilat.
Wanita itu seakan-akan akur dengan takdirnya, dia merunduk ke lantai kapal kargo itu, air mata jernih yang mulai menitis sejak dari tadi sudah berhenti. Terdengar suara bibir Aiko berbisik-bisik, namun di hujung ayatnya membentak.
" Teruskan saja Haruka! "
Haruka membidik muncung pistol itu tepat di kepala Aiko. Jarinya memutih pada pelatuk pistol. Kedengaran pemantik pistol berbunyi dan Aiko mula memejamkan mata .... Mengira letusan bakal menyusul ....
Banggggg !!!
Gemeretak bunyi itu di segenap ruang kapal bagaikan bunyi hujan menimpa atap. Wanita itu rebah, mukanya menyembam ke lantai kapal kargo itu, nafasnya berhenti bersama-sama lagu Kojo no Tsuki tadi.
" Haruka .... Kau tak jamah dulu sundal itu? Bodoh!!! Hahaha .... ", jerit Masahisa, orang kanan Bos Sumiyoshi yang sejak tadinya berdiri berhampiran jangkar kapal bersama-sama lapan anak buahnya, dia menggenggam kemaluannya di luar celana berbelang sambil terbahak-bahak ketawa.
Ahli tertinggi Boryokudan di rantau Tohoku itu melangkah kemas menuju ke arah Haruka. Bunyi tapak butnya sahaja sudah cukup buatkan anak-anak buahnya tunduk hormat. Disentuhnya bahu Haruka seraya berkata,
" Tidak perlu bersedih dengan anjing begini, khidmatnya tidak diperlukan lagi, kau aku simbiosis, dia ... dia sekadar parasit yang membawa malang. Dia akan gigit tangan yang memberi makan. Lupuskan anjing ini, campak ke laut. Hehe .... "
Masahisa meluru ke arah mayat Aiko, ditendang terajang perut wanita itu. Sambil dia memekik,
" Kisama!!! "
" Kisama!!! "
" Kisama!!! "
Puas dia melanyak mayat itu, dia mengerling ke arah Haruka yang seperti orang dongok, lalu dia beredar di belakang Bos Sumiyoshi. Dipaling wajahnya sipi ke belakang. Sempat lagi dia melempar ayat kepada Haruka.
" Aku rasa sundal tu mengandung. Hahahahaha. "
Kapal Kargo itu sunyi sepi cuma ada salak dan gonggong anjing sayup-sayup dibawa angin berkesiuran di pelabuhan Funagawa. Haruka membeliakkan matanya, dia tertumpu pada palazzo putih milik Aiko. Terlihat darah bersimbah di sekitar kelengkang Aiko. Haruka memikul Aiko ke belakang kapal kargo itu, disandarkan Aiko pada kepingan besi berkeladak. Haruka yang pada itu termangu-mangu, dileserkan badannya ke bawah permukaan besi di sisi Aiko, sehingga dia bertinggung.
Haruka menangis seperti anak-anak kecil yang kelaparan. Dia melolong kuat sehingga burung-burung murrelet berkicauan di sekitar pelabuhan Funagawa. Dihantukkan belakang kepalanya di kepingan besi karat berkali-kali, hatinya meruntun pilu, cinta yang bersarang di hatinya sehari-hari, telah meninggalkan Haruka buat selama-lamanya. Tangan itu yang mencabut nyawa Aiko, tangan itu yang mendajal isterinya, tangan itu jua yang membunuh janin di rahim Aiko. Haruka tersepit dalam keterpaksaan, dia berasa kosong. Di sebalik peristiwa itu, terterap unsur pemikiran, falsafah dan nafas (Shitagau) ketaatan pada bidang kerjanya.
Malam itu, Haruka kehilangan dua orang dalam hidupnya. Aiko adalah seorang Junsa-cho di wilayah Tohoku, dia ditugaskan untuk mengintip pergerakan Yakuza di wilayah itu, misi yang dijalankan oleh Detektif Bunta telah menarik perhatian suaminya, Haruka. Mereka bersendel bahu untuk menghancurkan organisasi Boryokudan di wilayah ini.
Bos Sumiyoshi adalah target utama mereka, Yakuza yang zalim itu telah menguasai perimeter bandar-bandar di wilayah Tohoku antaranya, Sendai, Akita, Aomori, Fukushima dan membawa ke Iwate. Organisasi tirani itu harus digulingkan. Mereka sangat kejam! Mereka tidak ubah seperti askar Amerika menganiayai pejuang-pejuang Afghanistan di Guan Tanamo.
Tiba-tiba ....
" Adoi .... masa nilah bateri nak habis ", anak muda itu bersungut sendiri, bila melihat penunjuk bateri di papan papar telefon pintarnya.
" Tengah syok layan cerita jepun, boleh kong pula bateri ni. Cabai betul! ", dia bersungut lagi sambil menggumam kata. Lantas dicapainya pengecas bateri berjenis B-micro di atas anak meja dalam biliknya. Dicas telefon pintar itu buat sementara waktu, lalu dia bergegas ke luar rumah menuju ke warung janda berhampiran untuk merarau.
-Tamat-
KILL_NANCY |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lohhhhh...igtkn cte ape td..karya tt sndiri ke ni?tt duk japan ke?hihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2018 07:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
salmon-suki replied at 8-9-2018 06:57 PM
Lohhhhh...igtkn cte ape td..karya tt sndiri ke ni?tt duk japan ke?hihi~
hai salmon suki.karya?uish belum mencapai tahap tu lagi.
ya.memang tulisan saya.terima kasih sudi baca ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sequel x? Saspen je i baca |
|
|
|
|
|
|
|
Minat cite jepung uols... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2018 10:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
meisapoya replied at 8-9-2018 09:51 PM
Ada sequel x? Saspen je i baca
takde bateri belum penuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2018 10:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 8-9-2018 09:51 PM
Minat cite jepung uols...
tq kak shernazz |
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 8-9-2018 10:01 PM
takde bateri belum penuh.
Nanti bateri dh penuh roger2 tau |
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 8-9-2018 07:46 PM
hai salmon suki.karya?uish belum mencapai tahap tu lagi.
ya.memang tulisan saya.terima kasih ...
Masukkn skali taufan jebi tu..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Usai merarau kat warung janda tu mintak tolong sambung cerita ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-9-2018 11:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ano~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-9-2018 11:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cerita ni takkan disambung sebab tamatnya macam tu.insya Allah ada satu cerita saya akan pos.tentang gunung. |
|
|
|
|
|
|
|
gigih nya iols baca
tulisan yang bagus tt..harap nya ada lagi cerita dari tt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-9-2018 04:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MeghanK replied at 9-9-2018 01:54 PM
gigih nya iols baca
tulisan yang bagus tt..harap nya ada lagi cerita dari tt
thanks meg. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa..baru nak feel , dah tamat.
Nice short story
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-9-2018 01:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 10-9-2018 06:48 PM
Alaa..baru nak feel , dah tamat.
Nice short story
tq ipo sudi baca.alah saje isi masa terluang belajar menulis.kalau ada salah ke silap.tolonglah tegur ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-9-2018 10:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sedikit info : Lagu Kojo no Tsuki telah diambil rentaknya oleh gitaris kumpulan XPDC, Izo. Maka terhasillah lagu C.I.N.T.A. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni tamat time klimaks. Macam tak puas lg TT. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-9-2018 03:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syidasaleh replied at 18-9-2018 09:24 PM
Cerita ni tamat time klimaks. Macam tak puas lg TT.
sorry syidasaleh.ni eksperimentasi je.saya pon baru belajar menulis nak isi masa terluang.sorry ya.
ada satu cerita pasal gunung.nanti saya tag syida ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|