'Saya suka buat skrip, tangan tongkat dagu' - Mat Sentol
[METROTV]
Omar Ahmad
USIANYA 87 tahun namun pelakon veteran, Abd Rashid Yahaya yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol masih sihat.
Pelakon yang popular dengan filem Mat Tiga Suku pada 1967 ini mesra dengan panggilan Pak Mat juga tidak mempunyai penyakit kronik lain.
Pak Mat berkata, dia gemar makan sayuran dan tidak suka mengambil makanan segera.
Katanya, selain pemakanan yang baik dan dijaga rapi, insan lagenda ini juga gemar berjalan ke satu-satu lokasi.
"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya memang suka berjalan malah berjalan ke satu-satu tempat berurusan berdekatan Larkin berbanding menaiki kenderaan.
"Sekarang sudah PKP ini duduk rumah saja, tetapi setiap hari akan pusing keliling rumah berjalan.
"Saya sihat, tidak ada penyakit, mata pun masih nampak lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Larkin.
Pak Mat tinggal bersama isterinya, Jamilah Kasri, 71, dan dua anak lelaki yang menjaga segala kebajikan mereka berdua iaitu Roslee Rashid, 58, dan Roswan Abd Rashid, 37.
Tidak pernah lekang dengan lawak, Pak Mat berkata, dia juga meneruskan penulisan skrip.
"Ada buat skrip macam-macam (tapi) tak boleh beritahu, rahsia. Selain buat skrip, saya letak tangan tongkat dagu... termenung (ketawa).
"Sukalah ada artis muda melawat, besar hati bila mereka hendak datang di rumah saya.
"Sihat tetapi umur macam ini kadang-kadang tidak kuat, umur sudah 87. Kalau dengan Tun Mahathir orang nampak cakap macam adik-beradik," katanya berseloroh.
Author|Post time 10-12-2020 04:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mat Sentol selalu digandingkan dengan Wahid Satay untuk jadi pak lawak dalam filem2 seram seperti Pontianak untuk hilangkan suasana tegang dan jadi daya penarik. Iols duka sangat gandingan dua orang living legend ini ketana mereka seolah2 interferens membina, saling menyokong untuk timbulkan gelak tawa penonton.
Post time 10-12-2020 04:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iols suka scene pak mat naik moto bawak siti tanjung perak.. last2 berpusing motor tu sbb kak siti bam2 sgt... meols ketawa berdekah dekah bila teringat scene tu... apa tajuknya ntah. dah lupa
Post time 10-12-2020 04:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 10-12-2020 04:40 PM
Filem apa tu kakteh?
lupa dah tajuknya... tapi iols suka...sbb macam merapu sikit...bila ingat balik, yg bonceng tu bukan siti tjg perak kot...tapi yg sorg lagi agak bam2 tu...iols lupa nama