|
View: 7463|Reply: 11
|
[Tempatan]
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
[Copy link]
|
|
|
Edited by Abahmung at 29-1-2026 05:15 PM
Malaysia Dateline
Oleh KIM SYAZIE
29/01/2026
Pengukuhan nilai mata wang ringgit sejak minggu lalu terutama selepas ia mencecah paras RM3.91 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mula dirasai pekerja Malaysia di Singapura.
Ia selepas kadar pertukaran dolar Singapura kepada ringgit juga semakin mengecil.
Setakat semalam (28 Januari), ringgit melonjak pada paras RM3.10 berbanding dolar Singapura.
Beberapa pekerja Malaysia di Singapura mendakwa simpanan dan perbelanjaan harian mereka jatuh sekitar 10 hingga 15 peratus.
Mereka merasai pengurangan pendapatan apabila sebelum ini boleh mencapai RM12,000 sebulan, tetapi kini jatuh sehingga RM10,000 sahaja sebulan.
“Gaji asas saya masih sama, $3,500, tetapi bila ditukar kepada ringgit sekarang nilainya sekitar RM10,906.
“Kalau dulu boleh cecah hampir RM12,000. Dalam sekelip mata, rasa macam daripada T20 (berpendapatan tinggi) terus turun ke M40 (bergaji pertengahan),” kata Zack, pekerja sektor perkhidmatan dan pengangkutan, memetik portal BH Singapura.
Seorang pekerja bidang perubatan yang mahu dikenali sebagai Hafeez, 35 tahun, berkata beliau mengalami penyusutan pendapatan sekitar RM3,000 dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
“Saya hilang dalam RM3,000 lebih. Penurunan ini sebenarnya sudah bermula sejak 2025, bila kadar tukaran perlahan-lahan jatuh. Memang terasa, tak boleh nafikan,” katanya.
Bagaimanapun, Hafeez berkata beliau masih mampu menyesuaikan diri kerana tidak mempunyai komitmen hutang yang besar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat orang nak muntah ja dek. next time kalau wartawan tanya lebih baik ko diam je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemain membongak   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha.
HWEH HWEH HWEH
Tumpang la bangga untuk negara kau. Ingat senang? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RM naik geng ni bising. RM turun yang kat YT buat podcast tengoklah rakayat sekelian, ekonomi kita nak melingkup. Memasing pentingkan diri sendiri saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 29-1-2026 08:09 PM
Ini sumpahan motor besar vroom sana sini preng sana sini setiap masa jakun nak tunjuk kerja singapore
Time gaji byk tu tak menyimpan atau byr hutang, ni mesti gaji pi buy motor besar keta mahal rumah mahal travel sana sini, org malaysia lain gaji 3k-4k-5k elok ja boleh byr rumah keta motor travel yg harga biasa2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengada nyer aku sepak jugak karang  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 29-1-2026 07:09 PM
mai kerja kt tanah air la dek...'KADAR TUKARAN RM KPD RM MASIH SAMA KT MSIA NI'.Kerja kt Penang..tukar kt JB msh sama la...dek. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 29-1-2026 06:16 PM
RM naik geng ni bising. RM turun yang kat YT buat podcast tengoklah rakayat sekelian, ekonomi kita n ...
Lepas tu pakat berjemaah salahkan bang non @pengecatbintang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg mcm tu ke queue motorsikal nk masuk spore hari2? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Well.....the grass not always greener on the other side.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|