View: 31227|Reply: 1
|
[Tempatan]
Bercita-cita suatu hari nanti memegang jawatan Perdana Menteri,Setiausaha Politik Kanan kepada PMX,Shamsul Iskandar tiada niat Khianati PMX
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 17-10-2024 06:35 PM
DATUK Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, menegaskan bahawa meskipun beliau bercita-cita suatu hari nanti memegang jawatan Perdana Menteri, niat itu tidak pernah disulami dengan pengkhianatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sesi podcast Apa Cerita? bersama Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin, Shamsul dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak pernah diajar untuk mengkhianati sesama rakan perjuangan.
Menurut beliau, pengalaman dan pengajaran daripada kisah rakan seperjuangan yang tersungkur akibat tindakan tidak bijak menjadi pedoman besar buat dirinya.
Shamsul menyentuh soal kepercayaan dan kejujuran dengan menyampaikan pantun lama yang mempunyai makna mendalam.
Terbang kunang di tengah malam, Hinggap masuk di tiang seri, Tangan kanan ajak bersalam,Apa maksud pisau di kiri?”
Pantun itu, katanya, mengingatkan bahawa dalam perjuangan dan persahabatan, kita harus bersikap ikhlas dan tidak menyimpan agenda tersembunyi.
“Banyak kawan-kawan yang mengkhianati akhirnya kecundang.
“Sebab dalam kita berkawan, dalam kita berjuang ini.. Kalau betul-betul kita bersalam, kita bersalam betul-betul.
“Tak ada niat lain. Tak ada nak tikam. Saya lihat dalam sejarah perjuangan, banyak kawan-kawan yang mengkhianati. Akhirnya di mana?
Sebab itu bukan tradisi dan budaya kita! Dalam agama sendiri pun, Nabi mengajar kita! Bagaimana dalam banyak persahabatan.. Dalam banyak peristiwa, berlaku pengkhianatan”.ujarnya.
Tambah beliau lagi, tindakan mengkhianati ini bukan sahaja bertentangan dengan budaya dan tradisi Melayu, malah agama Islam sendiri mengutuk keras perbuatan tersebut.
“Dan hukum orang yang mengkhianat ini? Dihukum bunuh! Maknanya tak boleh diterima sama sekali!
Menurutnya, hukuman berat dikenakan terhadap pengkhianat, termasuk hukuman mati, menunjukkan betapa seriusnya perbuatan itu dalam konteks Islam.
Shamsul juga menekankan bahawa usia beliau yang jauh lebih muda berbanding PMX memberi ruang yang luas untuk terus belajar daripada kepimpinan Anwar.
“PM sekarang berumur 77 tahun, manakala saya baru 49 tahun. Saya anggap diri saya sebagai generasi seterusnya selepas PMX,” katanya
Beliau turut menegaskan bahawa jawatan bukan untuk dibanggakan, tetapi adalah satu amanah besar. Pesanan yang selalu ditekankan oleh Anwar bahawa kedudukan adalah taklif (tanggungjawab) dan bukannya tasyrif (kemegahan) sentiasa menjadi prinsip asas buat Shamsul.
“Daripada kepimpinan, daripada perjuangan dia! Saya boleh anggap saya next generation selepas PMX.
“Jadi saya akan bincang dengan kawan-kawan. Apakah bila berada di tahap ini, kita nak ketepikan persahabatan, ketepikan agenda lebih besar.
“Sebab kita selalu diajar oleh Perdana Menteri, jawatan itu bukannya untuk dimegahkan.
“Dia bukan tasyrif tapi adalah taklif iaitu tanggungjawab! Jadi perkara seperti ini pada saya sangat fundamental.
Menurutnya, pengkhianatan demi jawatan atau kuasa adalah sesuatu yang tidak wajar dan akan merosakkan persahabatan serta agenda perjuangan yang lebih besar.
Dalam pada itu Shamsul berjanji akan terus berbincang dan bekerjasama dengan rakan seperjuangan demi masa depan negara, tanpa mengorbankan kepercayaan sesama mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
info tambahan bagi lengkap cerita yg dicerita oleh shamsul
---
Aide recounts Anwar's late night phone call not to challenge Zahid's razor-thin victory in Bagan Datuk
He said he was determined to win and was ready to call for a recount of the ballots, a common practice by candidates in case of a narrow lead in the first count.
"At the time, I said we have to fight. We have to make sure we count properly. There were almost 800 spoilt votes. I mean, how could it be? I lost by 348 (votes), so we wanted to continue and fight."
Shamsul, however, said Anwar disagreed.
"He (Anwar) called and said that 'I am impressed with your hard work in Bagan Datuk' and so on.
"'But Sam, we want to form a government. Zahid has already issued a letter to form a government,'" Shamsul told podcast "Apa Cerita?".
Zahid's narrow victory in Bagan Datuk gave the BN a total of 30 seats in the 2022 general election, the coalition's worst electoral performance since it was ousted from power in 2018.
---
Conspiracy theories fly fast and thick as Malaysia election campaign hits road ...artikel lama masa kempen sebelum pru tahun 2022
As we all know, Anwar Ibrahim wants to be prime minister. Hence, we have information that Anwar has discussed with Zahid Hamidi, the leader of Barisan Nasional, that they can work together, and between them, Anwar will become prime minister,” said Mahathir.
He has been Malaysia’s longest-serving PM, and joined forces with Anwar in leading the opposition to a stunning victory in the 2018 polls.
Anwar heads the opposition Pakatan Harapan coalition and Zahid presides over the United Malays National Organization (UMNO), which leads the Barisan Nasional coalition, the oldest political bloc in Malaysia.
“But why will Anwar be the prime minister and not Zahid? Anwar will … drop the charges against Zahid Hamidi and several other [Barisan] leaders, and all their court cases will be settled. For that reason, Zahid was willing to give the spot to Anwar on the condition that Anwar freed Zahid,” Mahathir added.
Mahathir also said that once Anwar became PM he would engineer a royal pardon for former Prime Minister Najib Razak, an UMNO leader who is serving a 12-year sentence for corruption in a case stemming from the 1MDB financial scandal.
---
pasal kerjasama anwar-zahid tu rasanya ada juga politikus2 lain cakap antaranya hadi awang
tapi pasal pengampunan diraja tu, betul juga spt apa yg mahathir cakap sblm pru tu... pengampunan diraja tu engineered by anwar... najib tak dpt pengampunan penuh sebaliknya separuh tempoh penjara dan pengurangan denda kewangan yg agak banyak juga... pehtu pasal hukuman ditahan di rumah tu masih krik krik
mungkin mahathir silap jugak la mungkun
dia ingat pengampunan penuh... tapi tetap najib dpt pengampunan juga dlm bentuk pengurangan denda |
|
|
|
|
|
|
| |
|