KUALA LUMPUR: Pemeriksaan menyeluruh ke atas mayat antara proses yang perlu dibuat ketika bedah siasat dijalankan, bertujuan mengenal pasti punca kematian mangsa.
Pakar forensik, Amidon Anan yang juga bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah Makmal Forensik Bukit Aman, berkata ini termasuk pemeriksaan luaran seperti ke atas pakaian si mati, bertujuan mendokumentasi kecederaan pada mayat.
Beliau berkata, dokumentasi hasil pemeriksaan ke atas mayat penting bagi tujuan perundangan, sekiranya berlaku sebarang prosiding di mahkamah.
Pemeriksaan itu, katanya, akan meneliti keadaan mayat secara keseluruhan, perubahan luaran berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda kecederaan.
"Pasukan forensik tak semestinya perlu mendapatkan 100 peratus DNA pelaku, sebaliknya mencukupi jika hanya 50 peratus atau apa-apa jumlah memadai ditemui pada mangsa.
"Jumlah DNA atau bukti diperoleh pada mayat membolehkan individu atau kelompok terbabit dengan kematian mangsa dihadapkan ke mahkamah.
"Menerusi prosedur ini unsur bukan semula jadi yang mungkin mendorong kematian mangsa mampu dikesan kerana DNA tidak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan.
"Ketika bedah siasat ke atas mayat Altantuya Shaariibuu hampir 20 tahun lalu, saya berjaya mengenal pasti punca kematian mendiang menerusi cebisan tulang ditemui di lokasi kejadian," katanya kepada BH, semalam.
Beliau berkata, proses pembedahan ke atas mayat tidak perlu dilakukan, jika punca kematian dapat dikenal pasti atau tanpa ragu-ragu selepas pemeriksaan luaran dilaksanakan.
"Namun, pemeriksaan dalaman, termasuk membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan anggota badan lain perlu dijalankan jika punca kematian gagal dikenal pasti.
"Prosedur kemudian diikuti dengan proses pengambilan spesimen, iaitu cecair badan untuk analisis toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kaji tisu dan fotografi forensik," katanya.
Gunakan sisa tisu
Sementara itu, pakar forensik DNA dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Zafarina Zainuddin, berkata sisa tisu manusia boleh digunakan untuk mengenal pasti punca kematian, jika jasad mangsa sudah reput.
Mengambil contoh kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir, katanya, saringan DNA kurang diperlukan kerana identiti mangsa sudah dikenal pasti, melainkan ada unsur DNA pihak ketiga pada jasad terbabit.
"Mungkin agak sukar untuk kenal pasti sama ada DNA pihak ketiga pada jasad Zara Qairina dipindahkan secara paksa atau sebaliknya, jika kematian berlaku akibat pergelutan dengan rakan seasrama.
"Mangsa dan pelaku mungkin menjalani aktiviti bersama yang membolehkan pemindahan DNA terjadi, sebelum kematian Zara Qairina berlaku dan ini perlu dibuktikan melalui siasatan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata, saringan ke atas rambut mayat juga boleh dilakukan bagi menentukan sama ada bendasing dimasukkan ke dalam tubuh mangsa dan mendorong kepada kematiannya.
"Kesan dadah bertahan bagi tempoh yang lama pada rambut manusia, selain kesan patah pada tulang yang boleh menentukan sama ada mayat mati akibat jatuh dari tempat tinggi.
"Kesan patah pada tulang mayat juga boleh kenal pasti cara mangsa jatuh, selain tidak menolak kemungkinan pemeriksaan dilakukan ke atas spesimen tanah kubur bagi tujuan sama," katanya.
KOTA KINABALU: Preliminary findings from the post-mortem on 13-year-old Zara Qairina Mahathir are expected to be shared with her family as early as today, said their lawyer, Hamid Ismail.
Hamid said the procedure, led by pathologist Dr Jessie Hiu, began at around 11am and is expected to conclude this evening.
Once completed, he said Zara's body will be reburied at the Tanjung Ubi Muslim Cemetery in Sipitang, from where it was exhumed on Friday.
He confirmed that two CT scans — one conducted prior to burial and another yesterday — will be sent to a specialist in Peninsular Malaysia for comparison.
"We will have to wait a few hours before it is completed. But it is expected to be finished today," he said when met at Queen Elizabeth Hospital.
"From what I was informed, Dr Jessie Hiu will notify the family of the post-mortem findings. These may be preliminary, and whether a crime was involved will be determined in a more thorough, detailed, and written post-mortem report," he added.
When asked if action might be taken against the investigating officer for the case, he said: "That is up to the (state) police chief because we do not want to interfere with police matters."
Zara was found unconscious at her school, SMKA Tun Mustapha in Papar, on 16 July and pronounced dead while receiving treatment at Queen Elizabeth Hospital.
Her death has garnered nationwide attention, including from Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Representing the family in the post-mortem room was Mr Shahlan, who observed the process alongside two pathologists — Dr Jessie Hiu and Dr Khairul Anuar Zainun — as well as two others. Several officers, including a police photographer, were also present.
Zara's mother was at the facility but did not enter the post-mortem room.
Before ending the briefing, Hamid addressed a video circulating on TikTok showing a screaming woman.
"It is not Zara. I hope viewers will not spread slander. We do not want anyone to be falsely accused.
"Do not associate it with Zara. If possible, please support Zara's mother, who is currently under emotional distress. I hope people understand this," he said.
Lapan jam berlalu, proses bedah siasat Zara Qairina masih belum selesai
KOTA KINABALU: Setelah lapan jam berlalu, proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih belum selesai.
Peguam keluarga, Hamid Ismail pada pukul 5 petang tadi berkata, proses bedah siasat masih berjalan, dan ia mungkin sehingga malam.
Katanya, tidak dapat dijangka bilakah ia akan selesai kerana proses seperti ini biasanya memakan masa lama.
Proses bedah siasat tersebut dilakukan oleh dua pakar forensik iaitu Dr. Jessie Hiu dari Hospital Queen Elizabeth dan perunding patologi Dr Khairul Anuar Zainun dari Hospital Sultan Idris Shah, Selangor.
Proses tersebut telah bermula sekitar pukul 11 pagi tadi selepas jenazah Zara Qairina dihantar ke hospital pada pukul 10.30 malam, semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia sehingga pukul 7.40 malam ini mendapati orang ramai masih di luar pagar Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk menunggu bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan juga dilihat bertemu orang ramai di luar pagar hospital.
Post-mortem on Zara Qairina concludes after eight hours
KOTA KINABALU: The post-mortem on 13-year-old Zara Qairina Mahathir concluded at about 7.30pm on Sunday after nearly eight hours of examination, said family lawyer Shahlan Jufri.
Shahlan is expected to brief the media once the required paperwork is completed and arrangements for the body are finalised.
Zara’s remains are set to be returned to the Tanjung Ubi Muslim Cemetery in Sipitang for reburial.
Ulasan | Tanda tanya di sebalik kes arwah Zara Qairina
Hanipa Maidin (parti Amanah, bekas MP Sepang, bekas timbalan menteri di JPM - Undang-Undang)
ULASAN | Alhamdulillah saya berpeluang bercakap dengan salah seorang peguam keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, namun demi menghormati proses siasatan, saya tidak akan berkongsi isi perbualan tersebut di sini.
Insya-Allah saya akan cuba bersikap profesional dalam isu seperti ini. Secara kebetulan peguam tersebut adalah rakan lama saya.
Menyambung perbincangan kegagalan pihak polis memastikan proses bedah siasat ke atas mayat arwah Zara Qairina sebelum proses pengebumian telah menimbulkan beberapa persoalan dan tindakan yang sepatutnya boleh dielak sejak dari awal.
Antara persoalan yang timbul ialah, mengapa bedah siasat itu tidak dilakukan? Kenapakah proses pengebumian itu kelihatan tergesa-gesa dan perlu disegerakan tanpa proses bedah siasat terlebih dahulu?
Apakah ada sesuatu yang ingin disembunyikan pada kematian tersebut?
Bagi saya persoalan di atas - suka atau tidak - adalah sesuatu yang amat wajar dan legit secara mutlak.
Selanjutnya, dengan ketiadaan proses bedah siasat yang lebih awal itu, beberapa tindakan yang sepatutnya boleh dielakkan sebaliknya kini terpaksa perlu dilakukan.
Boleh sebabkan penjenayah terlepas
Misalnya laporan polis tambahan pada 30 Julai lalu di Balai Polis Sipitang, permohonan agar kubur arwah digali semula (dan telah pun berlaku) bagi membolehkan bedah siasat dibuat, selain terpasa memanggil pakar dari Semenanjung Malaysia.
Dalam kes kematian tragis yang menimbulkan misteri dan persoalan sebegini, pihak yang begitu tertekan sudah tentu keluarga si mati kerana mereka tentu perlu kepada apa yang dipanggil a closure (pengakhiran) bagi memadamkan segala persoalan yang timbul.
Setakat ini nampaknya ia tidak seperti yang diharapkan. Hal ini tentu menimbulkan - atau menambah - tekanan yang tidak perlu kepada keluarga arwah.
Kini kita beralih pula kepada isu siasatan polis. Sebagai mantan peguam jenayah saya ingin mengatakan bahawa kes Zara Qairina ini ibarat contoh klasik tahap penyiasatan yang begitu lemah (a shoddy investigation) daripada pihak polis.
Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan perbicaraan kes-kes jenayah di mahkamah, kelemahan penyiasatan sering menjadi bahan teguran para hakim kerana ia boleh membawa kepada kelemahan proses pendakwaan.
Apa yang lebih parah lagi ialah, kelemahan itu juga boleh mengakibatkan kemungkinan besar penjenayah sebenar terlepas begitu sahaja tanpa dapat dihukum. Harapan kita ialah keadaan itu tidak berlaku dalam kes Zara Qairina.
Diberitakan bahawa Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, memaklumkan bahawa seramai 60 individu dipanggil memberi keterangan, termasuk tiga pelajar senior dikenali sebagai Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi yang dikatakan turut dikaitkan dalam kes tersebut.
Penyiasatan polis yang cekap sudah tentu bukan sekadar pemanggilan saksi semata-mata, hatta 60 individu sekalipun, tetapi ia juga melibatkan pengumpulan bahan-bahan bukti yang material dan perlu.
Saya agak terkejut apabila membaca kenyataan peguam keluarga arwah di media yang menyatakan hatta pakaian Zara Qairina tidak diambil sedangkan bagi saya itu adalah bahan bukti yang amat material untuk tujuan forensik.
Tak boleh lari dari tanggungjawab
Dilaporkan juga di media bahawa wujud rakaman perbualan telefon di antara arwah Zara Qairina dengan ibunya. Melalui perbualan itu arwah dikatakan mengadu kepada ibunya mengenai beberapa orang pelajar senior di sekolah yang tidak berpuas hati dengannya.
Zara Qairina juga memetik nama seperti "Kak M" dan "Kak C", serta mengatakan bahawa dia serta rakannya diganggu oleh mereka.
Apakah bentuk gangguan tersebut tidak dapat dipastikan.
Saya tidak pasti adakah polis mengetahui tentang kewujudan rakaman berkenaan sejak awal? Jika ya, sudah tentu rakaman perbualan tersebut adalah bukti yang material dan wajar diambil oleh pihak berkuasa sebagai bahan bukti.
Jika ia tidak diambil sejak awal, timbul pula persoalan - mengapakah ia tidak diambil sejak awal?
Dan tidak juga dapat dipastikan adakah penyiasatan polis menunjukkan wujudnya insiden buli sebelum kematian arwah. Jika ada, apakah wujud sebarang tindakan daripada pihak sekolah? Misalnya bagi menyiasat insiden buli.
Sebaliknya jika tiada tindakan daripada pihak sekolah, mengapa?
Jika ditakdirkan memang ada insiden buli, sekurang-kurangnya siasatan awal sudah boleh menjustifikasikan pihak polis untuk menangkap dan menahan suspek dan mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Proses di atas nampaknya juga tidak berlaku. Mengapa atau apakah alasan maka ia tidak berlaku juga tidak dapat dikenal pasti.
Dari segi perundangan, jika buli dikatakan berlaku - fizikal atau bukan fizikal - pihak sekolah tidak boleh lari daripaa tanggungjawab berasaskan satu doktrin dalam perundangan yang dikenali sebagai vicarious liability.
Apa pun kini kita perlu menunggu sama ada inkues akan dibuat atau tidak.
Inkues ialah suatu proses perundangan yang diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah apabila punca sesuatu kematian itu tidak dapat dikenal pasti.
Diberitakan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjanjikan ketelusan dalam isu ini. Mungkin proses yang perlu bagi merealisasikan janji dan hasrat perdana menteri tersebut ialah kewujudan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Kes Zara: Bukit Aman ambil alih siasatan, pasukan petugas khas dihantar ke Sabah
Sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penghantaran pasukan itu adalah sebahagian daripada komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh.
“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa mayat Zara Qairina, 13, perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada Sabtu lepas, jenazah remaja tersebut digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, serta dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi tadi di tanah perkuburan sama.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
KUALA LUMPUR: Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Berikut adalah kronologi berkaitan kes ini:
11 Ogos: Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, jam 1.15 pagi. Terdahulu jenazah dibedah siasat selama 8 jam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
10 Ogos:
Proses bedah siasat bermula pada kira-kira 11 pagi.
Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina.
Peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina menafikan jeritan meminta tolong dalam sebuah video yang tular di media sosial adalah suara arwah.
Peguam turut menafikan ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.
Prosedur bedah siasat selesai sebelum jam 8 malam.
8 Ogos:
AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
9 Ogos:
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.
Prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.
Penggalian semula kubur mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam.
Jenazah Zara Qairina Mahathir dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan tiba pada 10.30 malam.
7 Ogos:
Ibu Zara Qairina akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah anak perempuannya, kepada polis untuk membantu siasatan.
Kementerian Pendidikan membuat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran hantaran dan video yang mengelirukan berkaitan kes itu, dengan alasan kebimbangan terhadap potensi gangguan awam yang ditujukan kepada guru dan pelajar.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis untuk memastikan siasatan teliti. SKMM turut memberi amaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.
Ibu Zara Qairina memberi keterangan di balai polis Sipitang.
Kementerian Pendidikan memberi jaminan kepada ibu bapa mengenai komitmen meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, dengan menyatakan bahawa 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negara ini kekal menjadi pilihan utama keluarga.
6 Ogos:
Peguam yang mewakili ibu mangsa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi, yang boleh menyebabkan tekanan kepada keluarga dan mungkin membawa kepada akibat jenayah.
AGC memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. AGC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berkongsi imej kanak-kanak yang didakwa terbabit kes itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang tidak tepat boleh menjejaskan siasatan dan menafikan keadilan.
1 Ogos:
Ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan, demi mendapatkan jawapan dan keadilan. Peguam diarah memulakan proses undang-undang bagi penggalian semula mayat.
31 Julai:
Polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Jauteh Dikun berkata kertas siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk semakan akhir sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Seramai 60 individu direkod keterangan.
30 Julai:
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, sama ada oleh dirinya atau isteri, Cikgu Rosnih Nasir iaitu bekas pengetua sekolah yang berkhidmat dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara. Beliau menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan di Parlimen sebagai tidak berasas dan merosakkan reputasi.
28 Julai:
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.
21 Julai:
Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.
18 Julai:
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan memberi ruang kepada pihak terbabit menjalankan siasatan tanpa gangguan.
17 Julai:
Zara Qairina disahkan meninggal dunia dan kemudiannya dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.
16 Julai:
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 3 pagi. Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
---
16 julai.. "zara qairina ditemui tidak sedarkan diri".. "mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama"..
siapa yg menemui adik zara tidak sedarkan diri pada pukul 3 pagi tu??.. warden?.. mak guard?
siapa yg melaporkan adik zara jatuh dari tingkat tiga??... warden?.. mak guard?.. pengetua sekolah?
macam mana seorg pelajar 13 tahun boleh ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 pagi??.. bukankah pada waktu mcm ni semua pelajar sepatutnya tengah tidur kat katil memasing?
persoalan2 yg bermula di peringkat paling awal pun masih lagi takde jawapan yg meyakinkan.. sebab tu la segala macam persepsi dan naratif dilontarkan secara meliar di media2 sosial.. sepatutnya pada tahap ini pihak2 berautoriti dah boleh bagi perincian berkenaan apa yg sebenar2nya terjadi pada peringkat paling awal ni.. paling kurang pun pengetua sekolah sepatutnya dah boleh buat kenyataan bagi gambaran umum berkenaan apa yg terjadi.. ni senyap je
apa2 pun sekarang ni pihak polis dah pun tubuhkan satu pasukan khas baru dari bukit aman utk menyiasat kes berkenaan tragedi malang adik zara ni.. so tunggu je la perkembangan pada masa akan datang
Begitulah hebatnya ciptaan Allah untuk manusia melalui DNA ..Harap ramai buka mata dgn fitrah kejadian Allah sudah sempurna termasuk imuniti badan dari lahir..
Tiada keperluan mengambil apa2 dari unsur luar selepas bayi dilahirkan.Semuanya Allah dah beri lengkap dan permulaan terbaik selepas lahir hanya susu ibu sehingga 6 bulan.
Hanya di Malaysia masih tak ada kesedaran menolak segala berkaitan dgn suntikan berbanding negara Barat.Ini sgt menyedihkan.
KUALA LUMPUR – Penglibatan Pasukan Petugas Khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah antara empat permintaan daripada peguam keluarga pelajar itu.
Menurut peguam terbabit, pada 5 Ogos pihaknya menghantar empat perkara yang dipohon kepada Jabatan Peguam Negara antara lain proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman.
“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara dan seterusnya membuktikan bahawa wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Perkara lain yang dipohon termasuk kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia dan siasatan dibuka semula, kubur Zara Qairina digali semula agar satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian.
Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi turut meminta satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara Qairina.
Semalam media melaporkan, PDRM menubuhkan satu pasukan petugas khas dari Bukit Aman yang akan mengambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina.
Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan berkata, pasukan terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu digerakkan ke Kontinjen Sabah.
“Penghantaran pasukan ‘task force’ ini adalah sebahagian daripada komitmen PDRM untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
“PDRM memandang serius setiap kes yang membabitkan kehilangan nyawa,” kata kenyataan itu.-MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir selesai.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu diambil susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Zara Qairina.
Menurutnya, KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.
“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan dem keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” katanya.
Kelmarin, PDRM mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas dari Bukit Aman yang akan mengambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina.
Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan berkata, pasukan terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu digerakkan ke Kontinjen Sabah sebahagian daripada komitmen memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
Terdahulu, proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai dijalankan selama hampir lapan jam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, selepas kubur Allahyarham digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pelajar berusia 13 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di SMKA Tun Mustapha, Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan susulan kematian Zara Qairina Mahathir.
AGC menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat susulan laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
"Setelah Jabatan ini meneliti laporan siasatan dikemukakan PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos lalu, AGC memutuskan agar inkues dijalankan, selaras peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
"Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.
"Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang," katanya, hari ini.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu.
Terdahulu, dia dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agam Tun Datu Mustapha di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Jumaat lalu, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.
Kematian Zara Qairina mencetus perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
KOTA KINABALU: The legal team representing Zara Qairina Mahathir's family has said it will seek permission from the coroner to take part in the inquest into her death.
The family's lawyers expressed their gratitude to the Attorney-General's Chambers for deciding to hold an inquest.
The inquest is in accordance with the provisions under subsection 339(1) of the Criminal Procedure Code.
"We hope that the inquest will proceed smoothly and conclude within a short period.
"Justice for Zara is our primary objective in all the actions we take," they said in a joint statement.
The three lawyers are Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan and Mohd Luqman Syazwan Zabidi.
The team said the inquest aimed to determine the cause and circumstances of death, including whether there were any criminal elements involved.
"With this decision, all the matters we requested from the Attorney-General's Chambers in our letter dated Aug 5 have been fulfilled."
Previously the lawyers, together with another lawyer, Hamid Ismail, had asked four key demands including to return the reports to police for reinvestigation, to exhume and to perform post-mortem, to have Bukit Aman police to conduct the probe and for an inquest to be held.
Zara, a 13-year-old student of SMKA Tun Mustapha in Papar, was found unconscious on July 16 at her school and pronounced dead the following day at Queen Elizabeth Hospital here.
Her death had sparked concerns among Malaysians including His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, the prime minister and Sabah chief minister.
The child's grave in Siptang was exhumed on Aug 9 and an eight-hour post-mortem was conducted the following day.
Her body was laid to rest again on Monday.
Two days ago, a task force from the Bukit Aman Criminal Investigation Department was sent here to take over the case.
Meanwhile, the principal, senior assistant for student affairs and all the wardens of SMKA Tun Datu Mustapha were temporarily assigned to the Sabah Education Department pending completion of investigations into Zara Qairina's death.
datuk m kumar, pengarah jsj, "persoalan dia.. saya tanya rakan2 media ok.. adakah kematian ini menimbulkan satu syak wasangka?.. betul?.. so post-mortem must be done.. so once we get cause of death.. sekarang kita dah dapat.. tetapi siasatan menjurus kepada what caused her to do.. what caused her (death??).. what happened before.. what happened one week before.. what happened 24 hours before.. that's what we are doing now.."
keterangan pengarah jsj ni adalah merujuk kepada kegagalan pegawai polis penyiasat dan penyelia asal utk mematuhi sop yg betul, iaitu mereka sepatutnya dah mohon awal2 dah supaya post-mortem dibuat semasa siasatan tragedi malang adik zara awal2 dulu tu..
pegawai penyiasat masa awal2 dulu tu sepatutnya dah push dan proceed supaya dibuat satu post-mortem walaupun ibu kepada adik zara telah menandatangani borang enggan buat post-mortem.. bidang kuasa yg ada pada pegawai penyiasat membolehkan dia utk override borang taknak buat post-mortem tu, walaupun telah ditandangani oleh si ibu, kerana peristiwa kematian adik zara adalah satu keadaan yg menimbulkan syak wasangka